Panduan Dan Rujukan Keperluan Ibu Mengandung Yang Perlu Diketahui




 


Bila sebut tentang hamil/mengandung teringat 9 tahun lepas saat pertama kalinya saya mengetahui yang saya mengandung setelah sebulan berkahwin. Allah gembira bukan kepalang. Orang tua-tua kata bunting pelamin. Entah lah saya pun tak tahu bunting pelamin tu macam mana😀.

Tapi kan masa tu macam tak percaya pun ada tau. Mana tidaknya dari bujang kemudian bertukar status 'married'. Tak sempat nak merasa honeymoon lama dah pregnant. Bakal pula menjadi seorang ibu. Semuanya berubah sekelip mata😀.



Perempuan bila tahu saat dirinya hamil banyak keperluan mengandung yang perlu diambil tahu. Antaranya :

1. Emosi.
Ibu yang sedang mengandung kena tahu emosi sentiasa berubah. Kadang sedih kadang gembira. Kadang cepat sentap pun ada. Mudah sensitif dengan perkara yang remeh. Keadaan ini disebabkan perubahan tahap hormon yang sedang memuncak apabila jumlah estrogen dan progesterone meningkat. Perubahan hormon yang berlaku ini biasanya disertai bersama dengan penurunan kemampuan otak dalam mengawal emosi. Ini sebenarnya normal bagi ibu yang sedang hamil. Jadi ibu yang sedang mengandung tak perlu risau. Cuma hanya perlu persediaan untuk menghadapi emosi yang pelbagai rasa.

2. Perubahan bentuk fizikal
Tidak dinafikan ibu yang sedang mengandung fizikalnya berubah 100%. Dari bujang asalnya mungkin seorang yang kurus. Bila dah berkahwin, sedang melalui fasa mengandung fizikal badan seorang ibu itu akan berubah secara drastik. Badan mengembang bagai dipam-pam😇.  Dengan kondisi tersebut seorang ibu akan merasakan dirinya tiada keyakinan bila berhadapan dengan orang luar. Dengan keadaan perut yang semakin membesar, ketidakselesaan ketika tidur juga menyebabkan kualiti tidur ibu semakin menurun. Ibu-ibu jangan bersedih kerana semua ibu yang sedang mengandung mengalami masalah yang sama.

3. Memakai pakaian yang longgar
Perut yang membesar ketika hamil kadangkala membataskan segala pergerakan ibu. Dengan perubahan badan yang semakin membesar, elakkan memakai pakaian yang ketat. Pakaian yang ketat membuatkan ketidakselesaan untuk melakukan aktiviti harian. Jadi ibu perlu memakai pakaian yang sesuai dan longgar. Sekarang ni di luar pasaran banyak yang jual baju untuk ibu mengandung. Jadi ibu - ibu ada banyak pilihan untuk memilih pakaian mengandung.

4. Sakit kaki, simpul mengkarung.
Sakit kaki atau simpul mengkarung seringkali terjadi pada ibu yang sedang mengandung. Dengar je simpul mengkarung aduhh perit betul terasa sakitnya. Saya pernah mengalami sewaktu mengandung anak pertama dulu. Uuhh sakit dia bukan biasa-biasa. Untuk memberi kelegaan dan mengurangkan rasa sakit pada bahagian kaki, saya akan sapu dengan minyak urut modern ni iaitu MMG. Bau lavender yang harum memberi ketenangan dan  kelegaan pada kaki.

5. Supplement
Kalau nak tahu masa mula-mula dapat tahu saya pregnant, inilah benda utama yang saya cari iaitu supplement. Bagi saya supplement ni sangat penting. Yelah kita bakal menjadi seorang ibu pasti nak beri yang terbaik buat anak. Kalau boleh kita nak anak sentiasa sihat dan pertumbuhan janin membesar dengan baik. Kita juga tak nak lah melepek tak bermaya ketika mengandung walaupun alami alahan yang agak teruk. Kalau boleh nak sihat cergas bergerak aktif seperti biasa.

Ibu-ibu jangan lupa ibu yang mengandung ni juga memerlukan 2 kali ganda lebih nutrisi berbanding orang biasa. Sebab masa preggy ni nutrisi yang ada bukan sahaja diperlukan oleh ibu, tapi perlu disalurkan juga pada bayi yang sedang membesar dalam rahim.


Antara vitamin dan mineral yang ibu mengandung boleh ambil adalah :

a. PROTEIN
Ibu mengandung sangat memerlukan protein untuk perkembangan dan tumbesaran bayi di dalam kandungan. Ianya sangat diperlukan untuk pertumbuhan sel2 pada janin. Protein juga membantu membekalkan Asid Amino yang  bertindak membentuk otot dan organ bayi. Selain itu ia juga bertindak memberi tenaga untuk ibu.

Dalam shaklee kita ada ESP yang mana esp ni kaya dengan protein dan sangat sesuai untuk ibu mengandung.  ESP ni mempunyai Glisemik indeks (GI) rendah yang mana boleh membuatkan ibu kenyang lebih lama dan lebih bertenaga.

GI yang rendah ini sangat lah membantu untuk mengelakkkan Insulin Resistance yang lead to GDM.

b. IRON
Fungsi iron atau zat besi boleh menghasilkan lebih banyak darah bagi menyokong keperluan khasiat pemakanan Ibu dan juga tumbesaran bayi. Iron sangat penting untuk Ibu Hamil yang mengalami Low HB. Ibu mengandung boleh ambil vitalea shaklee. Vitalea atau multivitamin ni lengkap 28 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan ibu mengandung. Kebanyakan ibu mengandung yang amalkan vitalea ni hb mereka sentiasa di paras normal.

c. ASID FOLIK
Asid folik menyokong pembentukan sistem saraf bayi, membantu penghasilan hormon dan juga sel-sel darah merah. Ibu-ibu boleh ambil bcomplex shaklee yang mana ianya lengkap dengan kesemua jenis vitamin B termasuk asid folik yang mana ianya sangat diperlukan oleh ibu mengandung.

d. VITAMIN C 
Biasanya imun ibu mengandung ni sangat lemah. Mereka sangat mudah dan lebih berisiko untuk terima jangkitan demam, batuk dan selsema.  Vitamin C sangat perlu untuk kuatkan sistem imun badan selain bagus untuk kulit bayi.
Solution : ibu boleh ambil vitamin C shaklee sustained release yang mempunyai pelepasan berperingkat,tiada bahan pewarna, tiada bahan pengawet mahupun gula putih.

e. KALSIUM
Kalsium merupakan salah satu nutrisi yang sangat kuat diserap oleh bayi. Ibu mengandung berisiko mengalami masalah gigi rapuh, kejang kaki. Pengambilan kalsium yang cukup, membantu menguatkan tulang bayi dan Ibu.
Solution : ibu boleh ambil ostenutrix shaklee untuk kuatkan tulang dan elakkan berlakunya kejang kaki.

f. OMEGA 3
Omega 3 sangat penting untuk perkembangan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Selain itu, Omega membantu mengelakkan daripada berlakunya darah beku, risiko sakit jantung dan darah tinggi ketika mengandung.
Solution : ibu boleh ambil omega guard shaklee yang mempunyai penyulingan lebih daripada 3 kali. Berdasarkan pengalaman saya yang pernah makan pelbagai jenis omega, omega guard shaklee ni adalah yang paling kurang hanyir berbanding omega yang berada di luar pasaran sana.

Sekian saja perkongsian saya buat bakal ibu dan ibu yang sedang mengandung. Semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat dijadikan rujukan dan panduan buat anda yang bergelar ibu.

Nak dapatkan consultion percuma set vitamin untuk ibu yang sedang mengandung, boleh je terus what's app saya😊









Comments

Popular posts from this blog

Contohi Amalan Gaya Hidup Sihat Seperti Rasulullah SAW.

Jeragat tak boleh dihilangkan tapi boleh pudar. Sini petuanya.

Pengedar Shaklee di kawasan Kajang/Bangi