Posts

Showing posts from June, 2023

Jeragat tak boleh dihilangkan tapi boleh pudar. Sini petuanya.

Image
Masalah jeragat bukan lah sesuatu yang asing di kalangan masyarakat Malaysia. Ia adalah masalah normal yang sering berlaku terutama di kalangan wanita Asia. Namun begitu jeragat yang banyak sehingga menampakkan kulit wajah lebih tua dari usia sebenar boleh menimbulkan rasa malu dan rasa tidak berkeyakinan bila berhadapan dengan ramai orang. Apa itu jeragat? Jeragat merupakan bintik - bintik coklat yang terdapat di kulit wajah akibat terlampau banyak terdedah kepada cahaya matahari. Jika dilihat dari jauh ia kelihatan tompokan kecil berwarna keperangan. Jika dibiarkan, lama kelamaan tompokan kecil berwarna perang menjadi lebih besar dan tona kulit wajah kelihatan tidak sekata.  Bagaimana jeragat boleh berlaku? Terdapat banyak faktor. Selain banyak terdedah kepada cahaya matahari jeragat berlaku mungkin disebabkan faktor usia,tidak menjaga kulit wajah dengan sebaiknya, tidak menjaga pemakanan dan banyak lagi. Biasanya jeragat berlaku di kalangan wanita yang berusia 30an dan ke atas.

Contohi Amalan Gaya Hidup Sihat Seperti Rasulullah SAW.

Image
  Gaya hidup sihat merupakan salah satu amalan atau aktiviti bagaimana seseorang itu menitikberatkan kesihatan yang lebih baik atau bagaimana cara tingkatkan kesihatan yang lebih berkualiti  dalam kehidupan seharian. Kesihatan lebih baik ini merangkumi pelbagai aspek sama ada dari segi pengambilan makanan berkhasiat, senaman dan aktiviti fizikal. Dalam setiap tatacara kehidupan, seharusnya  kita mengikut amalan gaya hidup sihat seperti Rasulullah SAW. Rasulullah adalah seorang yang sangat mementingkan khasiat dan mutu makanan yang diambil agar dapat mengambil manfaat daripadanya. Sebagai umat Islam, kita perlu mencontohi amalan pemakanan yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW kerana corak pemakanan Baginda adalah sihat dan berkhasiat sebagaimana yang telah disarankan oleh pakar pemakanan pada hari ini. Pernah dengar ungkapan "sihat itu nikmat"? Rasulullah memberi peringatan tentang kesihatan melalui sabdanya : 2 nikmat yang seringkali manusia tertipu  oleh keduanya adalah

Pengedar Shaklee di kawasan Kajang/Bangi

Image
  Haii Assalamualaikum.. Perkenalkan diri, Nama sebenar Norsyafawati Binti Shahidan. Tapi lebih dikenali sebagai "syafa shahidan" . Ini merupakan nama branding syafa jugak lah. Pendek dan ringkas. Orang pun mudah nak ingat. Kalau anda search di fb ke ig ke YouTube semua sama menggunakan nama branding iaitu "syafa shahidan". Syafa mempunyai 3 cahaya mata dan sekarang menetap di Bukit Mahkota Bangi/Kajang. Kalau diikutkan tahun ni hampir 6 tahun saya tinggal di kawasan Bandar Bukit Mahkota Bangi/Kajang. Ada yang gelarkan sini Bangi Selatan kerana kawasan ini terletak di sebelah selatan Bangi kira dah sempadan ke Nilai. Jarak nak ke Nilai lebih kurang 5/10 minit je. Terlalu dekat dari Selangor nak masuk ke daerah Negeri Sembilan. Heheh Kalau nak tahu Pengedar Shaklee di kawasan Bangi/Kajang/Nilai ni ramai. Ada yang menjadi ahli shaklee hanya untuk makan sendiri sahaja dan ada juga yang menjadi ahli untuk berbisnes. Macam syafa sendiri memilih kedua-duanya. Makan se

Testimoni Shaklee Saya

Image
  Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat anda yang sudi menyinggah baca blog saya di sini🤗. Kalau sebelum ni entry syafa berkaitan multivitamin yang sudah beratus tahun wujud di dunia, hari ni syafa nak share pulak testimoni sendiri dengan produk kesihatan shaklee.  Tidak menghairankan sakit di bahagian sendi lutut boleh terjadi di semua peringkat umur. Bukan sahaja di kalangan berusia malah di kalangan anak muda juga boleh berlaku.  Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan sakit sendi lutut. Antaranya terlalu aktif bergerak, terlalu aktif bersukan sehingga ligamen otot terkoyak, faktor pemakanan, faktor usia, terdedah dengan radikal bebas dan banyak lagi. Sakit sendi lutut mula pulih. Macam syafa sendiri pun pernah terjadi sakit sendi di bahagian lutut. Ingat lagi beberapa bulan lepas tiba-tiba terasa sedikit sakit di bahagian lutut.  Syafa mula perasan bila setiap kali solat nak rukuk dan sujud tu rasa sedikit sakit di bahagian sendi lutut. Bila nak bangun gerak berjal

Multivitamin berwajah baru.

Image
  Sebut saja vitamin c semua orang tahu. Tapi bila sebut multivitamin tak semua orang tahu kan. Hakikatnya multivitamin pun sangat penting selain vitamin c dan vitamin-vitamin lain. Kalau nak tahu, multivitamin pertama di dunia adalah vitalea shaklee pada tahun 1915 yang mana pengasasnya adalah Dr. Forest Shaklee. Dan vitamin itu masih wujud sehingga kini!  Wow sangat kan.. Dah 100 tahun usia multivitamin shaklee ni.😍 Kisahnya, pada zaman Dr Forest ada klinik, most of the patient yang datang semua sakit yang lebih kurang sama. Lepastu dia mula pelik kenapa semua sakit sama. Macam dekat klinik kita jugakla kan? Kebanyakannya demam batuk selsema. Jadi dari situ lah Dr Forest cipta multivitamin ni atau nama lama dulu vitalised mineral. Suprisingly, ramai yang pulih. Padahal vitaliased mineral tu bukan ubat, cuma hanya multivitamin. S o dari situ la Dr Forest dapati, masyarakat kita ni sebenarnya mengalami kekurangan zat makanan. Sejak daripada itu lah, makin ramai pengusaha luar yan

Kata-kata Motivasi dalam kehidupan manusia

Image
  Kenapa pentingnya kata-kata motivasi dalam kehidupan manusia? Setiap manusia yang Allah cipta ada emosinya tersendiri. Kadang kala kuat, kadangkala jatuh. Tak kira sama ada ketika kita di Puncak mahupun bawah, kita memang sentiasa memerlukan kata-kata motivasi supaya kita lebih positif. Tatkala emosi itu jatuh dan tersungkur, selain memohon kekuatan dari Allah, waktu itulah kita juga memerlukan kata-kata motivasi supaya kita sentiasa ada momentum dan  semangat untuk melakukan apa sahaja kerja setiap hari. Sebenarnya kata-kata motivasi ni menjadi pembakar dan pemangkin semangat dalam diri kita. Ada ke manusia yang tak perlukan kata-kata motivasi ? Tak ada kan. Pernah dengar ayat ni? "Cukup lah Allah bagi ku " Dalam apa jua keadaan saya sangat suka menggunakan ayat ni. Bila kita sebut ayat tersebut sambil menghayati Maksudnya, sejujurnya hati ni lebih tenang dan tak serabut. Apa saja ujian yang menimpa kita dapat terima dengan tabah dan redha. Sebenarnya ada banyak ka