Kepentingan Vitamin C

 

Tahukah kalian vitamin c ni sebenarnya tidak boleh dihasilkan oleh badan kita sendiri. Tapi kita perlu dapatkan vitamin c dari sumber luar. Sama ada dari sayuran,buah-buahan atau supplement.


Penting ke vitamin c?



Sudah tentu penting. Kalau badan kekurangan vitamin c pelbagai masalah kesihatan boleh berlaku.

Salah satu tanda kekurangan vitamin c, imun badan lemah.


Akibat kekurangan vitamin c :

1. Kulit kering, bersisik,rosak
Ramai betanggapan kulit rosak disebabkan kurang minum air. Tapi tahukah anda kekurangan vitamin c pun boleh menyebabkan kulit kering tau. Bersisik dan cepat rosak. Vitamin c kaya dengan antioksida. Antioksida yang tinggi dapat melindungi kulit dari kerosakan radikal bebas.

2. Imun badan lemah
Kalau siapa yang jenis mudah jatuh sakit seperti kerap demam,batuk,mudah selsema, salah satu puncanya adalah kekurangan vitamin c. Jadi untuk memastikan kesihatan terjaga,ambil lah vitamin c setiap hari. Sekurang-kurangnya kita Ikhtiar untuk kesihatan diri.

3. Gusi mudah berdarah.
Haa siapa kat sini bila setiap kali gosok gigi je tiba-tiba gusi berdarah. Terutama ibu yang sedang hamil. Mudah sangat terjadi keadaan macam ni. Selain itu,gigi juga mudah reout dan patah. Ini juga menunjukkan anda kekurangan vitamin c.

Vitamin C ni vitamin sangat penting dan paling asas yang wajib diambil setiap hari. Tapi sekarang banyak vitamin c yang ada di pasaran kan. Macam -macam brand ada. Apa yang penting, pilih  vitamin c yang selamat, organik,tiada bahan pewarna atau gula tambahan.


Macam syafa sendiri amalkan vitamin c daripada  shaklee,sebab vitamin c shaklee menepati kriteria di atas.


Apa kelebihan vitaC shaklee?



1. Ada sustained release.
Apa sustained release ni? Sustained release merupakan kaedah teknologi yang digunakan untuk melepaskan vitamin c secara berperingkat dalam badan. Tak semua vitamin c di luar sana mempunyai pelepasan berperingkat tau.

Umumnya,badan manusia tak boleh menyerap vitamin c yang banyak sekaligus dalam satu masa. Badan hanya boleh menerima dalam 100-200 mg sahaja. Bila anda mengambil 1 tablet vita C shaklee ni, ianya akan dilepaskan perlahan-lahan dalam badan supaya badan dapat menerima vitamin c secara optima.

2. Bioflavanoids
Perasan tak dalam buah oren di bahagian dalam kulit oren ada warna putih. Warna putih itulah yang disebut bioflavanoids. Bioflavanoids  berfungsi mempercepatkan lagi penyerapan vitamin c.

3. Dari ekstrak jagung
Istimewanya vita C Shaklee ni ia adalah daripada ekstrak jagung. Ada setengah orang tak boleh ambil vitaC sebab perut mudah pedih. Dengan kelebihan yang ada pada vita C Shaklee ini, siapa yang ada gastrik,perut mudah pedih boleh ambil vita C ini sebab ianya mesra dan lembut pada perut.


Nak tahu lagi kepentingan Vitamin c,boleh baca di sini juga.


Sekiranya anda nak dapatkan vitamin c shaklee ini, boleh klik link di sini.

Comments

Popular posts from this blog

Contohi Amalan Gaya Hidup Sihat Seperti Rasulullah SAW.

Jeragat tak boleh dihilangkan tapi boleh pudar. Sini petuanya.

Pengedar Shaklee di kawasan Kajang/Bangi