Mengapa Saya Memilih Vitamin shaklee?



Bila sebut tentang vitamin shaklee, syafa masih ingat lagi ketika itu sekitar tahun 2014. Saat pertama kali dapat tahu yang saya sedang pregnant setelah sebulan berkahwin. Masa tu memang tercari-cari supplement untuk ibu mengandung.

Kalau nk diikutkan banyak sangat brand yang ada di pasaran. Sampaikan kita sebagai pembeli  pun dah pening tak tahu nak pilih vitamin mana yang baik, selamat dan berkesan.

Punya la search dan search yang paling banyak keluar waktu tu adalah vitamin shaklee😄. Masa tu belum tergerak lagi nak memilih vitamin shaklee. Sebab tengok brand lain pun ada seperti amway.

Nak dijadikan cerita kawan sendiri juga yang menjual shaklee waktu tu. Jadi bila kawan sendiri yang menjual, perasaan 'trust' tentang brand shaklee tu ada. Sebab bila kawan sendiri yang menjual,kepercayaan kita tu tinggi. Kita pun tengok dia punya lifestyle dengan shaklee semasa mengandung aktif cergas. Membuatkan kita membuak-buak nak cuba. Maka bermula daripada situ lah syafa memilih supplement vitamin shaklee ini.

Selain itu, feedback -feedback customer yang selalu lalu lalang di media sosial waktu itu juga membuatkan keinginan nak memilih vitamin shaklee sangat tinggi.

Yelahh bila baca feedback orang tentang "ibu hamil cergas dengan vitamin shaklee".. "Esp mengurangkan risiko gdm ibu hamil"..membuatkan syafa sendiri memilih vitamin shaklee.

Seperti yang kita semua tahu, vitamin shaklee ni  well known. Dah wujud lama sejak sekian dulu lagi. Nak tahu sebuah company itu kukuh atau tidak,kita boleh lihat selama mana ia masih teguh berdiri dan masih wujud sehingga ke hari ini atau tidak. Jika ianya masih teguh berdiri hingga berpuluh tahun, ini menunjukkan produk company itu sentiasa mendapat permintaan, selamat dan berkesan. Macam shaklee hampir 70 tahun wujud di Malaysia. Bermakna dah berpuluh tahun orang makan vitamin shaklee sehingga ke hari ini masih sihat dan rata-rata kesihatan manusia bertambah baik walau umur makin meningkat.


Dan yang menariknya vitamin shaklee ada landmark study sendiri. Tak semua company boleh buat macam ni. Kos untuk landmark study bukan murah. Sangat tinggi. Malah setiap bahan yang digunakan untuk menghasilkan vitamin adalah selamat,bebas dari bahan kimia. Mesra alam.

So korang yang mana masih dan sedang tercari-cari vitamin mana yang selamat untuk jangkamasa masa panjang, jangan ragu-ragu memilih vitamin shaklee tau.

Sekian saja perkongsian saya pada entry kali ni.

Jika nak bertanya atau nak buat sebarang pembelian boleh Whatsapp saya di sini.




Comments

Popular posts from this blog

Contohi Amalan Gaya Hidup Sihat Seperti Rasulullah SAW.

Jeragat tak boleh dihilangkan tapi boleh pudar. Sini petuanya.

Pengedar Shaklee di kawasan Kajang/Bangi