Suasana Hari Raya Open House di Perak
Alhamdulillah atas nikmat yang Allah beri tahun ni kita dapat lagi meraikan aidilfitri bersama keluarga di kampung halaman. Walaupun hari ni dah masuk hari yang ke 24 syawal, tapi kita masih lagi berada dalam mood raya. Selagi masih berada dalam bulan syawal, selagi itu open house masih meriah di sana sini. Seronok menghadiri jemputan rumah terbuka saudara mara, kawan-kawan. Pelbagai menu dan juadah disediakan.
Kuala Kangsar Bandar Diraja |
Untuk entry kali ni syafa nak bercerita tentang open house raya di Perak. Yeahhh tahun ni kita raya di Kuala Kangsar Perak! Ewahhh macam sebelum ni balik raya negeri lain-lain pulak. Padahal kami suami isteri dua-dua dari Kuala Kangsar cuma daerah je lain-lain. Ada la kot dalam setengah jam dengan jarak rumah mertua. Kadang pagi balik umah mertua. Petang balik pulak rumah mak sendiri. hihiii..
Orang kata rumah dekat-dekat ni senang. Tak yah nak gaduh balik rumah sape dulu. Ye la tuu.. Tapi kita gaduh nak bawak beg berangkat kulu kelor orang perak kate. Pening awok mikior bab2 baju ni. Tak bawak karang nak pakei baju itu. Tak bawak baju itu nak pakei baju ini. Haa gitu.
Walaupun rumah dekat-dekat kami tetap ada kan penggiliran supaya adil dan saksama. Contoh tahun ni raya pertama di rumah mertua, maka tahun depan raya pertama di rumah mak ayah sendiri. Walaupun petang raya tu kami bergilir balik rumah sendiri atau mertua. Pagi raya pertama tu tetap ada penggiliran.
Kalau I merajuk I lari rumah mak sendiri. Kalau husband merajuk dia lari balik umah mak dia🤣. Gitu lah kononnya. Tapi edok pun.. Hahaa
Apa menu juadah best di pagi raya?
Rendang tok |
Sebut je perak memang terkenal dengan rendang tok, daging dendeng. Tapi untuk keluarga kami sama ada keluarga sendiri atau mertua kami jarang buat. Selalu buat rendang ayam biasa je. Anak - anak lebih suka makan rendang ayam.
Kebiasaannya kalau beraya di rumah mertua, menu paling wajib setiap tahun tanpa culas adalah laksa. Yaa mertua syafa rajin beno buat laksa kome. Tiap tahun wajib buat. Macam nasi impit, lemang rendang tu memang dah wajib. Tapi lakse ni lagi wajib😂. Orang kate kalau xde lakse tu bukan rumah mertua awok ler.
Laksa |
Hidang tetamu makan laksa |
Nasi kabu enak sekali. |
Selain itu tahun ni ada juga buat nasi kabu by abah mertua. Abah mertua syafa ore klate. Walaupun dah menetap lama di Perak, jadi lagu mana pun dia mesti nok ada masakan klate jugak. Sebut pasal nasi kabu aduhhh sedap betul kalau abah yang buat. Sambal ikan dia memang sedap terasa ikan balance dengan semua rasa. Orang Kate puas makan kalau buat sendiri berbanding yang kedai punya. Itu baru nasi kabu. Kalau buat nasi dagang. Lagi laa sedapp dooh kalau abah kami buat. Jujur syafa tak makan tau nasi dagang. Tapi sejak kahwin, rasa nasi dagang pak mertua punya, baru makan. Menepati citarasa tekak.
Raya meriah dengan tetamu.
Beraya di rumah mertua mengingatkan kembali kenangan syafa masa kecik-kecik dulu di kampung. Ingat lagi masa arwah tok masih ada, (oh ya belah kami tak panggil opah tapi guna panggilan tok merujuk kepada opah/nenek walaupun duduk di Perak, sebab belah kami perak utara). Raya pertama raya kedua tu ibarat tiada hari esok. Punya lah penat kami di di belakang tabir tolong masak, cuci pinggan tak henti-henti. Saudara mara ramai datang beraya. Lepas satu kumpulan balik, ada yang datang lagi. Datang lagi.Rumah sentiasa penuh. Dari pagi sampai ke malam. Bila teringat balik suasana tu seronoknya raya dulu-dulu. Meriah. Rumah pulak dekat-dekat. Sebelah rumah, depan rumah, belakang rumah. Bila anak cucu masing-masing balik penuh kereta.
Begitu juga lah rumah mertua. Suasana lebih kurang sama cuma tidak lah seramai dan semeriah raya kita zaman dulu-dulu. Tapi sentiasa ada je saudara datang bertandang. Macam mak mertua memang orang kampung situ. Dari bujang sampai dah berkahwin sampai dah beranak cucu memang menetap kat situ tak pernah pindah mana-mana luar dari kawasan tu. Jadi rumah yang diduduki menjadi tumpuan adik beradik, anak saudara berkumpul bila menjelangnya raya.
Rumah mertua tak buat open house raya tapi rumah sentiasa open untuk siapa saja yang datang bertandang. Tak perlu open house dah rumah ni sentiasa ada je tetamu yang datang😄. Makanan tu sentiasa ada dan sentiasa masak.
Kemeriahan malam raya
Waktu malam pula dihiasi dengan kemeriahan riang dan gelak tawa bermain bunga api. Walaupun orang kata main bunga api ibarat bakar duit, tapi syafa tetap juga bagi anak-anak main walaupun sikit😬. Beli sikit je sekadar nak bagi anak-anak merasa begini lah suasana raya kita kecik-kecik dulu. Main bunga api, pasang pelita.
Dentuman di segenap arah, anak-anak kampung bermain mercun bersilih ganti kedengaran juga.
Raya kedua di rumah mak ayah sendiri
Disebabkan giliran tahun ni raya pertama di rumah mertua, maka raya kedua beraya di rumah mak ayah sendiri pula. Kebiasaannya setiap tahun raya ke-2 tu, syafa dan mak ayah sekali akan pulang ke kampung pula belah ma berkumpul ramai-ramai adik beradik di Tanjung Piandang Parit Buntar.
Bila ramai dah habis balik baru ingat nak amik gamba😅 |
Antara menu yang selalu buat adalah :
*ketupat
*lemang
*nasi impit
*rendang
*ayam masak sambal
*kuah kacang
*nasi putih
*gulai ikan tenggiri campur ikan duri
*masak keladi
*ikan pekasam
*desert
*buah-buahan
**Sorry.. Lupa nak tangkap gamba menu yang ada.
Sepupu kami. Badan comel kan😆. Second round Chef masak gulai haa.. |
Bila dah raya ni macam-macam kita makan kan. Makanan pulak banyak sedap-sedap depan mata tak ingat apa dah. Dah habis makan baru tersedar "ehh banyaknya aku makan". Dan-dan tu la baru nak menyesal😄.
Bila makan banyak macam ni syafa takkan tinggal untuk ambil alfafa.
Tiap pagi syafa ambil 5 biji dan malam pun sama 5 biji. Best ambil alfafa ni. Badan kita ni kan banyak toksin. Alfafa ni akan singkirkan toksin dalam badan. Pada masa yang sama membantu pencernaan. Jadi takde la perut kita buncit bila makan banyak. Lepas makan je mesti auto buang angin😂. Siapa yang jenis badan mudah berangin kena ambil alfafa ni tau.
Dan satu lagi omega pun sama syafa ambil setiap kali lepas makan berat. Ambil omega ni akan bantu bakar segala lemak dalam badan. Badan takde lah naik mendadak. Jadi tak perlu risau sangat bila dah makan macam-macam. Hihii
Korang pun mesti ada banyak open house kan tahun ni. Makanan sedap-sedap depan mata takkan nak tolak. Mesti nak rasa jugak kan. Kalau risau berat naik, korang pun wajib spare tau ambil alfafa dan omega ni.
Kalau ada yang berminat, boleh je wasap syafa tau.
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
Comments
Post a Comment