5 Idea Kerja Dari Rumah Yang Anda Boleh Ceburi



Kerja dari rumah bukanlah suatu pekerjaan yang asing lagi di kalangan rakyat Malaysia. Tambah-tambah selepas berlakunya pkp, ramai mencari peluang tambah pendapatan dengan hanya kerja dari rumah.

Sejak berlakunya pkp, ada yang berkerja dari rumah, ada yang hilang pekerjaan, yang kena potong gaji pun ada. Bahkan sehingga hari ini masih ramai lagi yang struggle mencari duit untuk meneruskan kehidupan seharian. Mungkin ada yang nak kerja dari rumah tapi tak tahu kerja apa yang boleh dibuat. Terutama jika anda seorang ibu yang mempunyai anak kecil. Nak hantar anak ke pengasuh takut macam-macam isu berlaku sekarang ni. Mungkin juga anda seorang peljar yang belum dapat kerja. Pada masa yang sama anda sangat-sangat perlukan duit.


Jangan risau!


Kerja dari rumah pun boleh dapatkan income lumayan jika anda betul-betul buat.


Di sini saya kongsikan antara idea kerja apa yang boleh dibuat dari rumah yang anda boleh ceburi.


1. Jual nasi lemak
Haaa yang ini sangat mudah kan. Jika anda mempunyai kepakaran dalam bidang masakan, anda boleh menjual nasi lemak, nasi berlauk, mee goreng, bihun, goreng pisang, atau apa sahaja menu yang anda rasa mampu dan boleh buat. Tak perlu keluar jauh-jauh. Jual depan rumah pun dah boleh kan. Pasang payung, letak meja dah boleh mula menjual tanpa tinggalkan anak dengan pengasuh. Sekarang ni pun ramai anak-anak muda yang yang mula berniaga dari rumah. Mungkin anda juga boleh jual burger depan rumah atau perumahan. Ambil tempahan makanan pagi/tengah hari rakan-rakan yang berkerja di pejabat dan banyak lagi yang anda boleh buat.


2. Tempahan kek, biskut
Jika anda mempunyai kepakaran dalam pastry, membakar, anda boleh mengambil tempahan  kek, biskut raya, desert dan banyak lagi. Sekarang ni banyak chef - chef yang berkongsi resepi di Internet. Anda boleh cuba resepi tersebut dengan buat jualan.


3. Jual Aiskrim Malaysia
Menjual Aiskrim Malaysia. Ini sangat lah mudah, ringkas dan senang. Sesiapa saja pun boleh buat. Bila sebut aiskrim Malaysia teringat kecik-kecik dulu. Saya pun pernah jual. Ma saya akan buat pelbagai jenis Aiskrim. Dan saya tolong jual kan. Antaranya milo, bandung asam boi, anggur, oren. Bila waktu petang je, sama ada sebelum atau selepas main bola di padang, ramai anak-anak jiran datang rumah membeli. Kalau musim panas, memang laku betul Aiskrim. Waktu tu Aiskrim Malaysia hanya RM0.10. Tapi sekarang dah berbeza. Aiskrim Malaysia saja dah mencecah rm1 sebatang. Itu pun saiz kecik. Dah tak besar macam dulu.


4. Mengajar
Jika anda minat dalam pendidikan, anda boleh buat kerja dari rumah sama ada jadi tutor, atau guru tuisyen.  Bergantung pada subjek yang anda boleh kuasai. Anda boleh buat pilihan sama ada nak buat online atau offline di rumah. Selain dari itu jika ada kemahiran dalam bidang agama, buka kelas mengaji untuk anak-anak kecil pun boleh.


5. Jual supplement kesihatan
Mungkin anda adalah seorang yang suka tentang kesihatan. Anda boleh cuba jual supplement dan vitamin. Salah satu contoh company health supplement yang trusted anda boleh ceburi adalah company shaklee. Boleh dikatakan semua orang tahu shaklee ni adalah syarikat yang well known sejak dari dulu lagi. Dan ia masih kukuh dan bertapak hingga hari ini. Jual Produk Shaklee pun boleh dari rumah. Anda hanya perlu ambil order dan key in semua pembelian customer di website. Segala penghantaran pihak shaklee yang akan uruskan. 


Dah baca kan 5 Idea Kerja Dari Rumah yang anda boleh cuba ikut kesesuaian diri masing-masing.Semoga sedikit sebanyak membantu anda yang masih dilema tak tak tahu nak buat bisnes apa dari rumah. Selamat mencuba! 


Oh ya.. Jika anda nak cuba jual produk shaklee dari rumah, boleh terus contact saya okay. InshaaAllah saya bantu anda! Boleh Hubungi saya di talian whatsapp



Comments

Popular posts from this blog

Contohi Amalan Gaya Hidup Sihat Seperti Rasulullah SAW.

Jeragat tak boleh dihilangkan tapi boleh pudar. Sini petuanya.

Set Eksklusif Shaklee Untuk Wanita Mengandung dan Berpantang.