5 Tips Kembangkan Bisnes Online
Kalau sebelum ini syafa dah berkongsi idea kerja dari rumah, entry kali ni nak kongsi pulak tips kembangkan bisnes online.
Tips ini yang syafa gunakan dalam bisnes shaklee.
Anda boleh juga baca tips Bisnes Online dari sahabat saya.
Jom baca sehingga habis.
1. Kenali Target Market
Dalam bisnes tak kira sama ada online atau offline kita kena tahu target market dan apa yang target market perlukan. Sebab bila kita dah kenal target market kita, barulah kita tahu macam mana nak tarik perhatian mereka. Kita mudah nak buat planning dan strategi.
2. Database pelanggan.
Sebenarnya database "is the king" . Ramai orang yang tidak menyimpan database pelanggan. Jangan di biarkan begitu sahaja sehingga hilang. Database ni lah paling 'mahal'. Bila dapat prospek, boleh terus save contact number dan bina repo dengan pelanggan. Database penting supaya mudah kita nak run ads, untuk kita contact balik untuk bagitahu promosi-promosi yang ada sekarang. Jadi banyak yang kita boleh buat dengan database ini. Simpan database dan gunakan dengan betul.
3. Menjaga customer service
Yang ini sangat penting. Kita bukan hanya nak menjual saja tapi kita nak jaga "TRUST CUSTOMER" kepada kita. Jadi selepas barang sampai kepada customer, sebagai penjual kita perlu tanya keadaan barang, ok tak pakai produk yang kita jual. Kita kena selalu bertanya supaya pelanggan ini tidak lah rasa macam
"oh dia ni nak menjual saja. Dia tak heran pun apa jadi dengan aku lepas pakai produk dia" . Jangan biarkan sehingga pelanggan rasa sebegitu.
Customer service ini boleh membantu untuk memastikan bisnes kita sustain dan customer tersebut akan datang repeat membeli dengan kita.
4. Luangkan sedikit masa bersama customer
Luangkan masa untuk belajar & mengadap karenah customer kerana banyak benda yang kita boleh belajar daripada customer. Close tak close belakang kira. Yang penting luangkan sedikit masa untuk praktis. Ada yang berjaya menjadi hasil, tapi jika gagal jadikan ia sebagai pembelajaran.
5. Loyalty program
Benda ni ramai brand yang tak buat. Kenapa loyalty program ni penting. Loyalty program ni sebenarnya sangat bagus untuk customer datang repeat balik dengan kita. Sebagai contoh kita boleh buat kad belian voucher diskaun sempena hari lahir customer dan sebagainya. Kita dapat extend lifetime value pelanggan.
Tak kira apa jua bisnes yang anda lakukan, jangan lupa gunakan semua tips yang saya kongsi kan ini okay. Jika anda amalkan dalam bisnes kalian, InshaaAllah kalian boleh berjaya kembangkan bisnes online.
Jika ada di antara anda yang nak dapatkan apa sahaja produk shaklee, jangan lupa hubungi syafa di talian whatsapp.
Okay... Sekian saja perkongsian saya kali ini. Jumpa lagi di next entry.
Comments
Post a Comment