Tips Travel Bersama Anak Kecil.

Cuti sekolah dah tak lama lagi. Pasti ibu ayah dah buat perancangan awal segala aktiviti untuk anak-anak. Salah satunya travel. Ye la rakyat Malaysia kan suka jalan-jalan. Termasuk lah yang menulis ini๐Ÿ˜†. Tengok lah kat jalan raya tu asalkan hujung minggu je jem sentiasa. Hari minggu pun dah sesak, apatah lagi musim cuti sekolah kan. Tak tahu lah celah mana datang manusia penuh je jalan๐Ÿ˜„



Nak travel ni tak perlukan kos yang terlampau besar.Kos kecil pun anda boleh travel sebenarnya. Tapi bergantung pada tempat yang dipilih lah. Apa pun, pilihan di tangan masing-masing. Semuanya mengikut pada bajet anda.



Ibu bapa yang travel bersama anak kecil, banyak perkara yang perlu dititikberatkan.


Bawa bekal

Salah satunya adalah MAKANAN. Haa ni tips penting bila nak travel bersama anak kecil. Pastikan makanan ready to eat sentiasa ada dalam kereta. Anak kecil ni ragam nya tak menentu. Ada ketika mood elok ada ketika tiba-tiba meragam. Bila dia lapar yang dia tahu time tu dah ada makanan  depan mata. Kadang tu tak menyempat dah kalau  nak singgah sana singgah sini beli makanan. Biasanya kalau syafa travel jauh, akan masak siap2 kat rumah contoh seperti nasi goreng atau apa-apa yang mudah buat bekalan dalam kereta. Sekurang-kurangnya kalau kedai sesak ramai orang, Jalan  jem, kita tak risau dah sebab anak-anak dah ada makanan bekalan yang dibawa.


Untuk perjalanan jauh, rancangan perjalanan anda. KELUAR LAH SEAWAL PAGI bagi memastikan perjalanan travel anda berjalan lancar. Bila awal pagi ni kita fresh nak memandu tenang je rasa. Cuaca tak panas anak-anak pun selesa untuk perjalanan jauh. Bila bertolak awal pagi tempat destinasi yang dituju cepat sampai




Travel bersama anak kecil ni tak mudah namun tak susah. Jadi sebagai ibu bapa, kita perlu sentiasa  BERSEDIA JAGA MENTAL & EMOSI diri sendiri dan juga anak-anak. Kadang-kadang perangai anak-anak ni tak diduga. Lain anak lain ragamnya. Sebagai contoh bila tiba-tiba ada yang buat perangai, dari situ lah emosi, kesabaran ibu ayah teruji๐Ÿ˜„. Dalam keadaan sedemikian anda perlu handle dengan  baik dan bijak supaya emosi anak-anak terjaga. Mood ibu ayah dan anak tak terganggu sepanjang tempoh travel.


Sambil pejam mata pun boleh

Yang terakhir adalah SUPPLEMENT. Part ni ramai yang pandang enteng. Sebenarnya penting bawa supplement bila anda sedang travel. Yelahh bila travel macam-macam tempat kita pergi dan pelbagai orang yang ada di situ. Jadi untuk memastikan kesihatan ibu ayah dan anak-anak terjaga, sekurang-kurangnya ambil lah vitamin c untuk ibu ayah dan anak-anak.

Macam syafa sendiri pun pergi ke mana je sentiasa bawa vitamin yang sesuai. Ini adalah item yang sentiasa bawa. :
*vitamin c (dewasa) - untuk imun ibu ayah
* Hero kiddo - kuatkan imun anak kecil
* Nutriferon - untuk ibu ayah dan anak-anak
* Herbal blend - sekiranya kena gigit nyamuk atau gatal-gatal badan.


Spf50 youth

Ohh yaaa satu lagi sunscreen. Yang ini pun wajib bawa. Dah travel ke sana ke sini kulit juga harus dijaga. Untuk elak dari kulit burn pakai lah youth spf 50 ni. 

Semoga dengan tips travel bersama anak kecil yang dikongsikan ini sedikit sebanyak dapat membantu ibu ayah di luar sana yang susah hati nak travel bersama anak. 


Anak gembira ibu ayah bahagia

Ingat, kita travel untuk gembira kan anak, ahli keluarga jadi sentiasa lah jaga emosi seluruh ahli keluarga supaya perjalanan travel anda berjalan lancar. Sudah semestinya bila anak-anak gembira, semua memori indah yang tercipta sepanjang percutian bersama keluarga akan diingati selalu oleh anak sehingga mereka besar.

Anda boleh juga baca entry sahabat saya untuk mengetahui lebih lagi tentang tips travel.

Jemput baca๐Ÿ˜Š. 




Comments

Popular posts from this blog

Set Eksklusif Shaklee Untuk Wanita Mengandung dan Berpantang.

Set Kurus Shaklee Yang Popular

Pain Relief Shaklee Untuk Sakit Sendi