3 Doa Bagus yang Boleh Diamalkan oleh Wanita

 

Artikel sebelum ni, syafa ada share supplement atau vitamin yang sangat bagus khusus untuk wanita. Artikel kali ni nak share makanan rohani pula iaitu doa yang wanita boleh amalkan untuk kesihatan dan kecantikan.




Ada 3 doa yang anda boleh amalkan. 


1. Doa apabila timbul jerawat.

Teringat masa sekolah dulu, ada seorang guru ni dia ajar subjek math. Setiap kali lepas mengajar dia selalu share doa-doa yang dia amalkan yang mana doa tersebut releven untuk diamalkan untuk murid perempuan. Kebetulan waktu tu memang kebnayakn dari kami mempunyai masalah jerawat😅. Jadi guru tersebut ajar kan supaya baca doa ini setiap kali bangun tidur. Niat minta penyembuhan dari Allah.


Doa ini dari surah as-syuara' ayat 130 :

وَإِذَا بَطَشْتُمْ بَطَشْتُمْ جَبَّارِينَ

“Dan apabila kamu memukul atau menyeksa, kamu melakukan yang demikian dengan kejam bengis?"


Caranya :

Lepas bangun tidur, letakkan ibu jari di lelangit mulut sambil membaca doa yang saya share di atas sebanyak 3 kali. Kemudian sapu pada jerawat yang muncul. Amalkan selalu InshaaAllah jerawat cepat kecut dan segan nak timbul.

Doa ini boleh juga di baca untuk wanita yang mengalami masalah sakit lutut, betis, pinggang dan sendi.

Caranya: Urut dan tepuk secara perlahan pada bahagian yang sakit. Kemudian, bacakan ayat di atas beberapa kali.


2. Doa serikan wajah dan perbaiki akhlak

Setiap hari, setiap kali lepas mandi, setiap kali nak bersiap, setiap kali ternampak cermin.

Ada tak kita baca doa?

Kadang-kadang bila lalu tepi cermin kereta atau nampak cermin kat mana-mana kita betulKan tudung atau  betulkan baju.

Setiap kali menatap wajah di cermin, jangan lupa baca doa ini.

اَللَّهُمَّ حَسَّنْتَ خَلْقِي فَحَسِّنْ خُلُقِي

Ya Allah, sebagaimana Engkau telah cantikkan kejadianku (rupaku) maka  cantikkanlah juga akhlakku

Amalkan membaca doa ini kerana ianya satu sunnah yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW ketika melihat cermin.

Semoga Allah SWT mengekalkan rupa paras yang cantik, berseri dan kebaikan hati kita dengan akhlak yang mulia hingga ke hembusan nafas kita yang terakhir.


3. Doa hilangkan resah gelisah.

Wanita bila hormon tak stabil, macam-macam perasan menjengah. Kadang gembira kadang sedih tak tentu pasal😅. Kadang nak marah pun ada kan. Otak serabut macam - macam fikir. Sedih, resah gelisah boleh menyebabkan seseorang itu cepat tua. Untuk mengelakkan hati resah gelisah, selalu ada perasaan sedih bacalah doa ini setiap masa.

Iaitu doa yang diajar oleh Rasullullah SAW kepada sahabat baginda yang bernama Abu Umamah RA saat dia dibelenggu hutang.

Kalian baca ni:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ،
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kedukaan dan kesedihan.

وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ،
Aku berlindung kepada Engkau dari sifat lemah dan malas.

وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ،
Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan bakhil.

وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ، وَقَهْرِ الرِّجَالِ
Dan aku berlindung kepada Engkau dari bebanan hutang dan penindasan manusia.

Saya yakin doa ini ramai yang tahu dan selalu dengar tapi jarang amalkan.

Baca doa ni pagi dan petang. Dalam ma'thurat ada doa ni. Siapa yang selalu amalkan ma'thurat setiap hari InshaaAllah dia akan dapat barakah. 

Dengan izin-Nya, Allah akan hilangkan rasa kesedihan, dapat jauhkan diri dari sifat malas,sedih, pengecut dan dapat lindungi diri dari beban hutang serta penindasan manusia.


Nak tahu lagi doa apa yang bagus wanita amalkan, boleh juga baca artikel ini


Jom sama-sama kita amalkan dengan  3 doa yang saya kongsikan ini. Moga mendapat manfaat buat kita semua. InshaaAllah.


Oh yaaa sekarang shaklee tengah ada  banyak promo. Antaranya esp, GLA, set kurus. Andai kata ada yang nak cuba, what's app je syafa.

Comments

Popular posts from this blog

Contohi Amalan Gaya Hidup Sihat Seperti Rasulullah SAW.

Jeragat tak boleh dihilangkan tapi boleh pudar. Sini petuanya.

Pengedar Shaklee di kawasan Kajang/Bangi