Kenali Vitamin E dan Kebaikannya

 

Cerita tentang vitamin E ni kan, sebenarnya saya tak pernah tahu pun kelebihan dia sebelum ni. Kuno benar aku ini. Sehingga lah saya masuk dalam dunia shaklee, baru lah tahu bahawasanya vitamin E ni bagus sangat bukan sekadar untuk kulit tapi untuk masalah kesihatan lain sama.


Vitamin E ni macam mana?

Vitamin E merupakan sejenis vitamin yang larut lemak. Ia mempunyai ciri antioksidan yang boleh melawan radikal bebas dalam badan. Vitamin E merupakan vitamin yang penting dan diperlukan tubuh untuk organ-organ tubuh berfungsi dengan baik. Vitamin E juga dikenali sebagai vitamin jantung dan mempunyai manfaat-manfaat penting untuk kesihatan.

Sebiji Vitamin E complex shaklee ni mengandungi 400IU.

Agak-agak apa yang kita boleh makan untuk cukupkan 400IU tu?


Ia bersamaan 1kg biji gandum, 8kg bayam, 500ml minyak safflower dan 500g badam.

Gulppp.. Banyak tu kalau nak makan semua tu sekaligus🥶

Sejujurnya syafa sendiri pun tak mampu nak makan sebanyak itu setiap hari untuk cukupkan keperluan 400IU yang ada dalam vitamin E ni.

Jadi shaklee dah patentkan semua ni dalam 1 kapsul vitamin E. Kita tak perlu susah-susah lagi nak makan 8 kg bayam, 1kg gandum setiap hari. Pengsann oiii kalau nak makan banyak tu hari-hari kan. Dengan 1 kapsul vitamin E kita dah dapat kesemua manfaat untuk nutrisi badan.


Untuk apa sebenarnya vitamin E ni dan apa kebaikannya?


1. Untuk kulit

Selalu yang kita dengar vitamin c untuk Kulit. Nak kulit cantik makan vitamin c. Nak kulit sihat, vitamin c. Produk skincare pun banyak ada vitamin C kan. 

Tetapi, tahukah kalian yang Vitamin E ni pun bagus untuk kulit malah ianya lebih fokus dalam memulihkan masalah kulit. Contoh parut jerawat, kulit kusam, jerawat kecil, jeragat boleh dipulihkan dengan pengambilan vitamin E. 

Disebabkan vitamin E ini adalah vitamin yang larut minyak, ia dapat membekalkan kelembapan pada kulit dan mencegah kulit kering serta keradangan. 

Boleh dikatakan agen pelembap semulajadi dari dalam kulit. 

Kalau dah makan vitamin E, perlu lagi ke ambil vitamin c untuk kulit?

Jawapannya boleh nak ambil salah satu atau kedua-duanya sekali. Vitamin ni walaupun kedua-duanya bagus untuk kulit, tapi fungsi berbeza. Masing - masing ada fungsi tersendiri. 

Vitamin C bukan sekadar cover untuk kulit, tapi untuk imun badan sama. Vitamin E khusus untuk kulit dan masalah lain juga seperti kesuburan lelaki dan perempuan yang mana khasiat tersebut tidak ada dalam vitamin c. 

Tetapi sekiranya anda mengambil keduanya iaitu vitamin c dan vitamin E untuk kulit, lagi mantap hasilnya, lagi cepat keberkesanannya kerana kedua vitamin ini saling melengkapi.


2. Melawan radikal bebas dan penuaan.

Kulit kita mudah terdedah dengan radikal bebas sama ada dari persekitaran, pemakanan, udara dan sebagainya. Vitamin E mampu melindungi dan menguatkan lapisan kulit dari kerosakan. Ia juga berfungsi sebagai anti radang semulajadi untuk kulit.


3. Fungsi otak yang lebih baik.

Kajian mendapati vitamin E bukan setakat menambah baik fungsi kognitif (otak) tapi juga dapat mengurangkan risiko penyakit alzheimer. 

Siapa yang taknak mudah lupa, nyanyuk di hari tua, amalkan pengambilan vitamin E dari sekarang. 


4. Menyokong kesihatan jantung

Dengan pengambilan Vitamin E secara konsisten, ia dapat menambah baik peredaran darah dan mengekalkan kesihatan jantung. Vitamin E menghalang oksidasi kolestrol LDL untuk mengurangkan risiko pembentukan plak. Menyokong kesihatan jantung mengepam darah 7570 L darah sehari.


5. Menambah baik pergerakan sperma. 

Ada kajian mendapati vitamin e mampu memulihkan kemampuan reproduktif golongan  lelaki yang mengambil 600-800 IU (2 biji vitamin e sehari) mampu meningkatka bilangan dan pergerakan sperma mereka.

Haaa jangan ada yang tak tahu vitamin E ni sangat bagus untuk kaum lelaki terutama bagi siapa yang sedang TTC. Kandungan yang ada dalam vitamin E dapat memperbaiki dan meningkatkan kualiti sperma, mengelakkan mati pucuk. 

Selain itu, vitamin E berkerjasama dengan selenium untuk melindungi sperma daripada kerosakan. Oleh yang demikian, ia dapat meningkatkan peluang untuk hamil bagi wanita.

Siapa yang sedang ttc dah lama nak dapatkan zuriat tu wajib bagi suami ambil vitamin E setiap hari tau.


6. Meningkatkan kesuburan wanita.

Vitamin E juga adalah vitamin yang penting untuk ovari yang membantu meningkatkan mukus serviks wanita. Menjadikan sperma lebih mudah  hidup lebih lama dan juga membantu telur yang tersenyawa terus melekat pada dinding rahim.


Apa istimewanya vitamin e shaklee dengan vitamin e yang ada di luar sana? 

Istimewanya Vita-E Complex Shaklee berbanding vita-E lain seumpamanya yang ada di pasaran adalah :

🔴vitamin E shaklee jenis d-alpha- tochopherol iaitu vitamin E dari sumber semuladi (vitamin E sintetik dari dl-alpha-tochopherol). 

Tips! Nak tahu vitamin e itu semulajadi atau sintetik, boleh tengok pada botol vitamin tersebut sama ada di hadapan perkataan tocopherol ada tulis huruf "d" atau "dl" 

Sekiranya ada perkataan "d-tocopherol" bermakna ia adalah VITAMIN SEMULAJADI bukan sintetik. 


🔴Vitamin E semulajadi jauh lebih mudah diserap oleh tubuh, lebih jauh berkesan dan jauh lebih selamat untuk digunakan berbanding vitamin sintetik. 


🔴Ia dilengkapi dengan selenium bagi meningkatkan kadar penyerapan dan keberkesanan vitamin E dalam tubuh. Ia akan bekerjasama dengan vitamin E untuk melindungi dan mempertahankan sel dan tisu tubuh dari dimusnahkan oleh ancaman radikal bebas.


🔴Vitamin E shaklee diperkasa dengan kehadiran Grape Seed Extract untuk kesan yang jauh lebih baik kepada sel kulit yang sihat


🔴Sebiji kapsul mengandungi 400 IU vitamin E, cukup untuk keperluan harian tubuh


🔴Boleh dimakan terus atau dijadikan masker terutama untuk kulit yang berparut dan berjeragat.

Dapatkan vitamin E dari sumber semulajadi, lengkap dengan selenium untuk penyerapan optimum dan selamat untuk jangkamasa panjang dan diperkasa dengan grape seed extract untuk kesan yang lebih optimum.

Vitamin E complex shaklee ni memang lengkap dan banyak Keistimewaan yang kita tidak tahu. 

Sekarang dah tahu kan apa itu vitamin E dan kebaikannya. Mungkin anda sendiri memerlukan vitamin ini atau ada ahli kekeuarga, rakan-rakan yang memerlukan, jangan lupa hubungi saya di talian whatsapp untuk dapatkan vitamin E.



#shakleebukitmahkota
#shakleebandarseriputra
#shakleebangikajang
#shakleekajang
#shakleebangi


Comments

Popular posts from this blog

Set Eksklusif Shaklee Untuk Wanita Mengandung dan Berpantang.

Set Kurus Shaklee Yang Popular

Pain Relief Shaklee Untuk Sakit Sendi