Tips Badan Sihat dan Cergas di Hari Raya Dengan Shaklee.

Cuaca sekarang panas sangat kan? Suhu hampir mencecah 40'. Panas bukan biasa-biasa. Panas bahang membakar. Bila dengar berita, dah ada 2-3 kes kanak-kanak yang meninggal dunia akibat strok haba. Anak sihat aktif bermain sana sini, sampai suatu masa badan tiba-tiba lemah dah tak bernafas. Bila dibedah siasat rupanya bahagian dalaman badan hangus akibat cuaca panas yang melampau. MashaaAllah sungguh merisaukan. Terutama ibu bapa yang mempunyai anak kecil. Bukan dewasa saja, tapi kanak-kanak lebih terdedah dengan pelbagai penyakit dengan cuaca yang sangat panas ini. Tambah pula kita masih lagi berada dalam suasana raya meraikan syawal. Aktiviti kunjung mengunjung, rumah terbuka tidak terkecuali. Sudah pasti kita perlu berjumpa dan berhadapan dengan ramai orang. Bukan itu sahaja, dengan juadah makanan yang pelbagai. Maklum lah raya, segala ketupat, lemang, rendang, sate, kuih raya semuanya makanan sedap yang tak boleh ditolak. Berpada-pada lah bila makan. Jika tidak dikawal de...