Tips kurus Dengan Cepat Tanpa Perlu Berlapar

 

Bila sebut pasal kurus apa yang anda bayangkan? Diet? Pemakanan? Tak boleh makan nasi? Arghhh lama-lama boleh jadi stress bila memikirkan! Inilah dilema orang-orang yang nak kurus.

Heyyy kita ni rakyat Malaysia lahhhh. Dah bertahun-tahun hidup dengan makanan Malaysia yang semuanya sedap-sedap mengenyangkan perut, mana mungkin boleh skip makanan tu semua😀. Tak mampu nak diet. Tapi nak kurus. Haa macam mana tu.

Begitu lah antara kata-kata kebanyakan mereka yang nak kurus. Semua orang nak kurus tapi bila kena buat senaman, kurangkan gula dalam pemakanan ramai cakap tak sempat buat, tak boleh nak tinggal air manis😀. Adehh inilah masalahnya😅. 

Sebab itu lah ada orang sanggup berhabis wang ringgit semata-mata nak kurus dengan cepat tanpa perlu diet dengan cara sihat. Beli macam-macam produk tanpa usul perisa akhirnya merana di kemudian hari. Ada setengah tu sanggup buat pembedahan pun ada semata-mata nak kurus cepat.

Sebenarnya tak perlu susah-susah pun kalau anda nak kurus. Ada banyak alternatif lain yang anda boleh cuba. Tetapi tetap boleh kurus dengan cepat, sihat dan selamat.

Syafa yakin jika anda ikut dan amalkan tips di bawah ni InshaaAllah boleh kurus dengan cepat hanya dalam seminggu tanpa perlu berlapar😍


1. Amalkan makanan berkhasiat


Makan makanan yang berkhasiat sangat membantu untuk proses pencernaan dan penghadaman. Jika sebelum ni anda amalkan gaya pemakanan yang tidak sihat, apa kata kali ni cuba tukarkan dengan pengambilan sayuran hijau yang banyak berbanding nasi. Lebih kan protein seperti telur/ikan/ayam serta buah-buahan berwarna hijau. 

Kenapa hijau? Kenapa tak kuning, merah. Sebab sayur dan buah berwarna hijau tinggi dan kaya dengan serat. Ini yang membuatkan anda berasa kenyang lebih lama bila makan tanpa rasa lapar. Nak tahu makanan apa lagi yang boleh buatkan kurus dengan cepat boleh klik link yang syafa highlight kan tu. 


2. Diet yang seimbang



Makanan diet merupakan makanan atau minuman yang telah diolah atau diubah resepi dengan mengurangkan kandungan lemak, minyak, karbohidrat, gula di dalamnya.

Tujuannya supaya orang yang berdiet dapat kesihatan lebih baik dan mempercepatkan penurunan berat badan. Jika anda lihat, kebanyakan coach-coach pemakanan kesihatan memberi saranan untuk mengambil makanan diet yang seimbang.


3. Cukupkan pengambilan protein



Jika kita lihat, ramai dah ada kesedaran bahawa protein sangat bagus untuk kesihatan.
Mulai saat ini jika anda nak turunkan berat badan, kurangkan pengambilan karbohidrat berlebihan  seperti mee, bihun, koeyteow dan lebih kan protein dalam setiap hidangan anda.
 InshaaAllah jika anda berjaya lebih kurangkan pengambilan karbohidrat dan gantikan dengan protein, anda akan dapat berat badan seperti yang diinginkan. 

Untuk lebih mudah, anda boleh juga amalkan protein shaklee bukan sekadar kaya dengan protein tapi cukup dengan vitamin dan zat mineral supaya badan boleh kurus dengan lebih sihat. 


4. Senaman atau workout



Nak kurus cepat bukan tertakluk pada cara pengambilan makanan sahaja tapi senaman juga penting  bagi membantu mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan. Senaman pula tak perlu berat-berat sehingga membebankan. Cukup hanya berjongging dalam 10-15 minit sehari dah boleh membuatkan kalori terbakar. Atau boleh berbasikal supaya lemak dapat di bakar dengan cepat. Jika anda dah buntu, tak tahu senaman apa lagi yang boleh di cuba, buka lah YouTube. Ada banyak senaman yang kita boleh cuba untuk bakar kalori.

5. Detox



Pernah dengar detox? Apa yang syafa tahu, detox   ni kita sihatkan organ dalaman kita dengan membuang toksin dan menyingkirkan segala benda yang tidak diperlukan dalam badan dengan cara makan makanan sihat.
Tujuan detox supaya setiap organ dalam badan kita dapat berfungsi dengan lebih baik daripada sebelum.

Biasanya orang buat detox selama 7 hari. Berdasarkan pengalaman syafa yang pernah buat detox sebelum ni, kita bukan saja kurus tapi perut cepat kempis. Dalam proses detox kita hanya boleh ambil makanan berkhasiat seperti dalam point 1 yang syafa ada mengatakan makan makanan yang berwarna hijau. Pastikan tiada gula, pewarna atau perasan tambahan dalam hidangan anda. 

Mungkin ada di kalangan anda yang nak cuba buat detox. Di sini syafa kongsikan detox mealplan yang anda boleh cuba mengikut hari dalam tempoh seminggu:

Menunya tak susah.

Day 1 - Salad / Sayur Hijau berdaun
Day 2 - Sup sayur hijau
Day 3 - Salad / Sayur warna warni

Day 4 - Menu Day 3 + Protein Shake
Day 5 - sama

Day 6 - Diet Suku Suku Separuh
Day 7 - Diet Suku Suku Separuh


Sekiranya anda betul-betul ikut tips yang dinyatakan di atas, sudah pasti anda boleh kurus dengan cepat tanpa perlu berlapar. Makanan yang sihat ini nampak je seperti hanya sayuran/buahan hijau yang kita rasa macam tak mengenyangkan. Tapi hakikatnya makanan itu lah yang membuatkan perut kita tak lapar berbanding nasi atau makanan segera yang lain. 

Sebenarnya makanan diet ni sedap jika pandai olah resepi dengan cara yang betul. Nak lagi cepat, anda juga boleh  kurus dengan bantuan dan sokongan set kurus shaklee. Lagi mudah, cepat dan selamat. Boleh baca di sini.

Mana tahu jika anda berminat nak dapatkan apa-apa rangkaian produk shaklee boleh juga whatsapp syafa untuk consultation. 


#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

#shakleemalaysia



Comments

  1. Yang paling akak dapat dari set kurus shaklee inch loss dan berat statik. Lengan dapat la kecik berbanding dulu. Memang tak de rasa lapar dengan shaklee

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Set Eksklusif Shaklee Untuk Wanita Mengandung dan Berpantang.

Set Kurus Shaklee Yang Popular

Pain Relief Shaklee Untuk Sakit Sendi