Bisnes Online Terbaik Yang Mudah dan Menguntungkan.
Alhamdulillah.. Pejam celik kita dah berada di fasa penghujung ramadhan.. Allahu akbar, terlalu singkat masa berlalu..rasa macam baru je lagi kita berada dalam bulan ramadhan. Dah nak habis kan. Begitu cepat masa bersilih ganti.
Bulan ramadhan ni lah, masing-masing rebut peluang tingkatkan amal ibadah dan tidak kurang ramai juga yang tidak mahu terlepas rebut peluang gandakan jualan bisnes masing-masing tidak kira sama ada bisnes online mahupun pun bisnes offline. Mana tidaknya habis ramadhan masuk pula syawal. Banyak duit nak guna sebagai persediaan menyambut raya yang bakal tiba.
Sebut pasal bisnes, apa beza bisnes online dan bisnes offline ni sebenarnya?
Bisnes online merupakan suatu platform yang mana jualan dibuat atas talian iaitu di alam maya. Manakala bisnes offline merupakan bisnes yang dibuat secara langsung. Ia memerlukan kedai fizikal atau tapak untuk jual beli.
Kenapa ramai yang buat bisnes online? Adakah ia menguntungkan?
Seiring dengan perkembangan teknologi, rata-rata masyarakat pada hari ini lebih ramai menjalankan aktiviti bisnes secara online berbanding offline. Termasuklah syafa sendiri. syafa lebih suka buat bisnes online sebab lebih mudah, cepat, menguntungkan dan ideal untuk semua golongan.
5 Sebab Kenapa bisnes online terbaik, menguntungkan?
1. Masa yang fleksibel
Seronoknya buat online ni bila-bila masa kita boleh buka dan tutup kedai tanpa perlu bersiap di awal pagi. Anda hanya perlukan sebiji telefon Internet yang cukup, dah boleh terus mulakan perniagaan dengan gembira tanpa perlu berkejaran menghadap jem. Hatta jika baru bangun tidur pun, capai handphone dah boleh layan segala pertanyaan customer dan proceed payment.
Macam syafa mempunyai anak kecil yang ada kalanya ada hari anak meragam, tak sihat, nak perhatian lebih sehinggakan kita tak boleh nak buat apa-apa. Pada waktu tu kita tak perlu resah gelisah tinggalkan anak keluar buka kedai, cukup hanya dengan anak di sebelah, kadang sambil riba. Mudahnyaa online dalam situasi tersebut kita boleh buat marketing, post iklan di semua platform media sosial. Aktiviti jual-beli pula boleh dijalankan di mana-mana selama 24 jam.
2. Tidak perlukan modal yang tinggi
Zaman sekarang semua perlukan duit. Jika buat offline anda memerlukan kos yang tinggi untuk sewa tapak kedai, modal beli barang. Belum lagi kos-kos lain seperti bil elektrik dan lain-lain. Buat online, anda tak perlu pening kepala fikir semua tu. Anda boleh jadi dropshipper. Tak perlu pegang stok. Macam syafa buat bisnes shaklee ni pun tak keluarkan modal pegang stok banyak-banyak. Jika ada order, customer hanya perlu buat bayaran online sahaja, dan terus order di Web. Segala penghantaran semua shaklee uruskan. Mudah bukan. Semuanya di hujung jari.
3. Segmen pelanggan lebih luas.
Dengan penggunaan Internet yang meluas, peniaga online berpeluang untuk memperoleh pelanggan tanpa batasan dari pelbagai kawasan. Hanya dengan iklan di media sosial reach untuk dapatkan pelanggan lebih mudah dan cepat.
Terdapat banyak platform yang boleh digunakan untuk dapatkan target pelanggan yang betul. Antaranya Facebook, instagram, tiktok, shopee, lazada dan banyak lagi. Macam syafa sendiri pun menggunakan semua platform ni untuk bisnes shaklee. Potensi nak dapat customer dari pelbagai kawasan sangat mudah dengan hanya kita postkan iklan ke group-group setempat. Jadi kita dapat capai sasaran pelanggan yang betul bersesuaian dengan niche jualan kita.
4. Sesuai untuk mereka yang introvert
Orang kata buat bisnes ni tak boleh malu. Kena sentiasa ke hadapan. Kena sentiasa menonjol.
Tapi macam mana kalau "saya ni seorang introvert? Saya nak cakap pun malu.Adakah saya memang ditakdirkan tak boleh berbisnes?"
Mungkin ada di kalangan anda yang mengalami masalah begini. Tak suka berhadapan dengan orang, kadang timbul perasaan malu, segan. Tak yakin bila berjumpa orang ramai. Tapi pada masa yang sama minat dalam dunia bisnes.
Jangan risau anda pun boleh berbisnes dengan memulakan bisnes online. Bisnes online ni ada banyak medium atau platform. Jika seorang yang sangat pemalu, anda boleh buat video jualan tanpa bercakap dengan cara masing-masing yang unik dan kreatif. Video tersebut boleh post ke tiktok, YouTube. Jika anda suka menulis, anda boleh menggunakan platform blog sebagai medium jualan. Dari situ pun dah boleh jana income. Tidak tertumpu pada 1 platform.
5. Menjimatkan masa pembeli.
Dengan capaian Internet yang meluas, pelanggan mempunyai lebih banyak pilihan dalam satu masa untuk membeli tanpa perlu bergerak dari satu kedai ke satu kedai lain. Anda juga tidak perlu bersesak dan beratur untuk buat bayaran. Masa dan tenaga dapat dijimatkan.
Untung kan siapa yang buat bisnes online ni. Banyak kelebihan yang anda akan dapat. Masa, tenaga, wang ringgit dapat dijimatkan. Sebab tu ramai peniaga kedai banyak beralih arah ke dunia online.
Jika anda nak cuba berbisnes online tanpa modal dengan shaklee, boleh je terus whatsapp syafa. Nanti syafa akan explain secara details.
#shakleemalaysia
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
Comments
Post a Comment