Idea menu Sahur Sihat yang Membuatkan Kenyang Lama
Idea Menu Sahur Sihat yang Membuatkan Anda Kenyang Lama.
Setiap kali datangnya ramadhan mak-mak la yang paling sibuk memikirkan apa menu sesuai untuk sahur dan berbuka. Ada setengah tu dah siap ada senarai menu sahur untuk sebulan. Idea menu sahur ni sebenarnya mudah. Tak perlu yang remeh-remeh. Asalkan hidangan tersebut berkhasiat, cukup nutrisi, membuatkan kita bertenaga sepanjang puasa.
Mungkin ada di kalangan ibu-ibu yang pening nak menyiapkan menu sahur apa yang mudah dan ringkas. Di sini syafa kongsikan 5 menu idea sahur yang anda boleh cuba untuk sahur nanti. Bukan sekadar ringkas tapi mengenyangkan. InshaaAllah.
1. Kurma.
Kurma merupakan salah satu makanan sunnah yang mana nabi kita nabi Muhammad saw sangat menggemarinya. Kurma mempunyai antioksidan yang tinggi, kaya dengan zat dan vitamin serta mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan jika diamalkan selalu. Tapi malangnya ramai di kalangan kita yang tidak menggemari. Mungkin salah satu faktor kurma yang dimakan itu terlalu manis. Sebaliknya pilih lah lah kurma yang elok. Antaranya kurma ajwa, kurma medjoul. Walaupun nampak macam makan kurma je tapi sebenarnya kurma membekalkan tenaga di siang hari ketika puasa.
Paling mudah anda boleh cuba ini.
Resepi kurma butter
Bahan-bahan:
Kurma
Butter
Badam/gajus/walnut/
Cara penyediaan:
Kurma dibuang biji bahagian tengah.Masukkan buuter di bahagian yang telah dibuang biji. Boleh letak gajus atau badam di atas butter.
Siap!
Percaya lah yang mana tak suka makan kurma akan jatuh cinta. Buat menu macam ni berbiji-biji anda boleh habiskan. Sangat-sangat sedap.
2. Roti sandwich telur
Roti sandwich merupakan salah satu menu sihat yang mana kebanyakan mereka yang nak turunkan berat badan akan buat menu ni. Roti sandwich mempunyai gizi yang seimbang.
Ia nampak ringkas, tapi sangat sedap dan menyelerakan. Sebaliknya guna lah roti yang pebuh bijirin kerana ia mempunyai khasiat yang lebih berbanding roti putih. Atau pun jika tidak mahu menggunakan roti bijirin, boleh juga digantikan dengan tortilla wrap.
Resepi sandwich telur gulung
Bahan-bahan:
Roti bijirin/wrap
Telur
Serunding daging
Salad
Timun
Mayonis
Cara penyediaan :
Pecahkan telur dan masak di atas pan. Sementara itu Sapukan mayonis di atas roti. Letakkan Timun di atasnya. Kemudian gulungkan Telur yang telah dimakan tadi dan letak di atas roti. Sapukan sedikit mayonis di atas telur dan taburkan serunding di atas nya. Letakkan salad. Nak tambah letak tomato pun boleh. Akhir sekali tutupkan dengan sekeping roti.
Haa mudah bukan. Resepi ni InshaaAllah kenyang. Ada karbo sikit, protein dan sayuran. Seimbang!
3. Serbuk protein
Bersahur dengan protein sebenarnya kenyang lebih lama berbanding nasi. Bagaimana nak dapatkan sumber protein ni? Adalah melalui ikan, ayam atau paling mudah, protein dari tumbuhan iaitu kacang soya. Kocang adalah protein zero kolestrol, tak ada lemak berbanding protein haiwan. Dan kacang soya mestilah non GMO. Untuk mudah faham, non GMO soya ini tak diubah secara genetik,sama ada dari segi bahan kimia, racun perosak mahupun pewarna tiruan. Betul-betul dijaga rapi dari penanaman, pembenihan sehingga lah terhasilnya kacang soya. Soya dari protein mempunyai glisemik indeks (GI) yang rendah. Jadi proses penukaran gula dalam darah tidak berlaku secara drastik dan anda akan rasa lambat nak lapar.
Bagaimana cara nak menghidangkan menu seperti ini? Alahh semudah abc je๐. Pejam-pejam mata, mamai-mamai pun dah boleh settle. Ihikss.
Resepi air protein.
Bahan-bahan
Air sejuk
Serbuk Energizing Soy Protein (ESP)
Cara penyediaan
Isikan air sejuk penapis 300ml
Masukkan 3 sudu ESP
Goncangkan. Siap!
Eee mudah betul. Nampak je macam minum liquid tapi sebenarnya kenyang ya amat bila minum waktu sahur. Tempoh kenyang pulak lama. Perut tak berbunyi. InshaaAllah anda dapat berpuasa dengan senang hati. Nak buat ibadah pun mudah.
Menu sahur begini semua orang boleh buat kan. Ringkas, paling penting sedap dan berkhasiat. Seisi keluarga boleh makan.
Ketahui pula bagaimana syafa berpuasa dengan bertenaga bersama set puasa shaklee tanpa makan nasi di waktu sahur. Klik je link yang syafa highlight kan tu.
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
Comments
Post a Comment