Tips Badan Sihat dan Cergas di Hari Raya Dengan Shaklee.
Cuaca sekarang panas sangat kan? Suhu hampir mencecah 40'. Panas bukan biasa-biasa. Panas bahang membakar. Bila dengar berita, dah ada 2-3 kes kanak-kanak yang meninggal dunia akibat strok haba. Anak sihat aktif bermain sana sini, sampai suatu masa badan tiba-tiba lemah dah tak bernafas. Bila dibedah siasat rupanya bahagian dalaman badan hangus akibat cuaca panas yang melampau. MashaaAllah sungguh merisaukan. Terutama ibu bapa yang mempunyai anak kecil.
Bukan dewasa saja, tapi kanak-kanak lebih terdedah dengan pelbagai penyakit dengan cuaca yang sangat panas ini. Tambah pula kita masih lagi berada dalam suasana raya meraikan syawal. Aktiviti kunjung mengunjung, rumah terbuka tidak terkecuali. Sudah pasti kita perlu berjumpa dan berhadapan dengan ramai orang.
Bukan itu sahaja, dengan juadah makanan yang pelbagai. Maklum lah raya, segala ketupat, lemang, rendang, sate, kuih raya semuanya makanan sedap yang tak boleh ditolak. Berpada-pada lah bila makan. Jika tidak dikawal dengan betul sudah pasti boleh memudaratkan kesihatan sama.
Jadi apa tips yang perlu kita buat untuk memastikan kesihatan diri sendiri, anak kecil serta keluarga kita sihat cergas di hari raya ini?
1. Hadkan atau kurangkan aktiviti luar
Dalam keadaan cuaca panas yang melampau, anda dinasihatkan supaya kurangkan aktiviti luar. Sejauh mana yang boleh, anda perlu berada di rumah/bangunan. Elakkan bawa anak mandi di pantai. Jangan biarkan anak-anak bermain di luar rumah. Sedangkan jika berada di rumah pun walaupun berada di bawah kipas masih terasa panas yang tak terkata, apatah lagi jika berada di luar rumah.
2. Banyakkan minum air kosong.
Cuaca panas boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan). Untuk elakkan dehidrasi, anda perlu banyakkan minum kosong. Bukan air manis. Pastikan air mencukupi dalam badan. Jangan tunggu dahaga baru minum. Sebaliknya cukupkan kuantiti minum air kosong 8 gelas sehari.
3. Kurangkan minuman bergula, yang ada kafein
Tidak dinafikan bila beraya di rumah orang, macam-macam jenis air dihidangkan. Ramai orang menganggap semua air sama. Tak kira manis atau berkafein asalkan bila minum dah mencukupi untuk keperluan tubuh badan. Hakikatnya air manis bergula, yang ada kafein sebenarnya boleh menyebabkan badan bertambah dehidrasi. Bukan itu sahaja malah kita rasa makin dahaga. Bila terlalu banyak minum, boleh memudarkan kesihatan.
4. Pakai pakaian yang sesuai
Sebaiknya pakai lah pakaian yang longgar. Pilih material cotton. Jangan pakai pakaian yang terlalu ketat atau material yang tidak boleh menyerap haba.
5. Jangan lupa gunakan sunscreen
Cahaya matahari yang terlalu panas boleh membakar kulit. Kulit kita juga sentiasa terdedah dengan sinaran UVA dan UVB. Untuk mengelakkan daripada kulit terbakar, masalah kanser kulit, amalkan sunscreen yang boleh menghalang dari sinaran UVA dan UVB. Pilih sunscreen organik yang mana bila kita pakai ia selamat untuk Kulit dalam tempoh angka masa panjang. Syafa sendiri amalkan sunscreen spf50 daripada youth shaklee.
6. Amalkan supplement
Vitamin dan elektrolit juga penting untuk mengekalkan keseimbangkan cecair dalam badan. Bukan itu sahaja, vitamin yang kaya dan tinggi dengan vitamin c mampu menguatkan imunisasi badan. Selain daripada itu vitamin juga penting untuk cukupkan keperluan nutrisi.
Setiap kali tibanya raya syafa tidak lupa untuk bekalkan vitamin untuk kesihatan diri dan keluarga. Antara vitamin yang syafa ambil adalah :
1. Vitamin c - Vitamin yang kaya dengan vitamin c boleh menguatkan imun badan. Dapat mengurangkan risiko jangkitan demam
2. Lecithin - berfungsi mengurai lemak dalam badan.
3. Omega - vitamin yang kaya dengan lemak baik membantu lemak terbakar dengan lebih cepat. Pada masa yang sama bagus untuk kolestrol, masalah jantung.
4. Alfafa - berfungsi untuk detoks, membuang angin dalam badan.
5. Performance drink - minuman yang kaya dengan elektrolit. Membantu kekalkan cecair dalam badan supaya tidak dehidrasi.
Untuk anak-anak pula, antara vitamin yang syafa bekalkan adalah:
1. Nutriferon - berfungsi untuk menguatkan interferon dalam badan. Mnghalang patogen atau virus jahat masuk dalam badan.
2. Hero kiddo - kaya dengan ekstrak buah-buahan yang tinggi dengan anti-oksidan. Berfungsi juga untuk kuatkan imun badan anak-anak. Mengurangkan risiko demam, selsema, batuk.
3. Vitalea kids atau lebih dikenali sebagai multivitamin - mempunyai 28 jenis vitamin dan mineral untuk keperluan tubuh badan. Jika anak-anak jenis kurang makan sayur atau buah-buahan jangan lupa top up dengan multivitamin supaya anak sentiasa sihat dan cergas setiap hari.
Jika anda juga ingin dapatkan apa-apa vitamin untuk diri sendiri dan keluarga jangan lupa klik sahaja link ni. InshaaAllah syafa akan cadangkan ikut bajet dan keperluan anda.
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
Comments
Post a Comment