Kata-kata Motivasi dalam kehidupan manusia

 



Kenapa pentingnya kata-kata motivasi dalam kehidupan manusia?

Setiap manusia yang Allah cipta ada emosinya tersendiri. Kadang kala kuat, kadangkala jatuh. Tak kira sama ada ketika kita di Puncak mahupun bawah, kita memang sentiasa memerlukan kata-kata motivasi supaya kita lebih positif.

Tatkala emosi itu jatuh dan tersungkur, selain memohon kekuatan dari Allah, waktu itulah kita juga memerlukan kata-kata motivasi supaya kita sentiasa ada momentum dan  semangat untuk melakukan apa sahaja kerja setiap hari.

Sebenarnya kata-kata motivasi ni menjadi pembakar dan pemangkin semangat dalam diri kita. Ada ke manusia yang tak perlukan kata-kata motivasi? Tak ada kan.

Pernah dengar ayat ni?

"Cukup lah Allah bagi ku "

Dalam apa jua keadaan saya sangat suka menggunakan ayat ni. Bila kita sebut ayat tersebut sambil menghayati Maksudnya, sejujurnya hati ni lebih tenang dan tak serabut. Apa saja ujian yang menimpa kita dapat terima dengan tabah dan redha.

Sebenarnya ada banyak kata-kata motivasi yang boleh kita ambil. Kalau search di Google memang banyak sangat. Semuanya terpulang pada kita nak buat pilihan yang mana.

Kata-kata motivasi ini bukan saja boleh menjadi pembakar semangat dalam diri, tapi mendorong kehidupan supaya lebih terarah dengan misi dan visi yang jelas.

Jadi apa pula kata-kata motivasi anda dalam meniti alur kehidupan? Apa pun kata motivasi yang menjadi pegangan dalam hidup anda, semoga ia mendorong anda menjadi hamba yang lebih baik, dan bermanfaat buat ummah.


#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023






Comments

Popular posts from this blog

Set Eksklusif Shaklee Untuk Wanita Mengandung dan Berpantang.

Set Kurus Shaklee Yang Popular

Pain Relief Shaklee Untuk Sakit Sendi