Contohi Amalan Gaya Hidup Sihat Seperti Rasulullah SAW.

 

Gaya hidup sihat merupakan salah satu amalan atau aktiviti bagaimana seseorang itu menitikberatkan kesihatan yang lebih baik atau bagaimana cara tingkatkan kesihatan yang lebih berkualiti  dalam kehidupan seharian. Kesihatan lebih baik ini merangkumi pelbagai aspek sama ada dari segi pengambilan makanan berkhasiat, senaman dan aktiviti fizikal.

Dalam setiap tatacara kehidupan, seharusnya  kita mengikut amalan gaya hidup sihat seperti Rasulullah SAW. Rasulullah adalah seorang yang sangat mementingkan khasiat dan mutu makanan yang diambil agar dapat mengambil manfaat daripadanya. Sebagai umat Islam, kita perlu mencontohi amalan pemakanan yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW kerana corak pemakanan Baginda adalah sihat dan berkhasiat sebagaimana yang telah disarankan oleh pakar pemakanan pada hari ini.

Pernah dengar ungkapan "sihat itu nikmat"?

Rasulullah memberi peringatan tentang kesihatan melalui sabdanya :

2 nikmat yang seringkali manusia tertipu  oleh keduanya adalah kesihatan dan waktu lapang.
(HR Bukhari : 6412)

Kebanyakan manusia lupa menggunakan sebaiknya 2 nikmat yang terbesar ini.
Manusia tidak mensyukuri dan menghargai nikmat sihat ketika keadaan baik dan tidak berpenyakit. Begitu juga dengan masa. Ramai  mensia-siakan masa dengan perkara yang tak berfaedah. Penyesalan tidak berguna lagi  bila ditimpa sakit dan usia semakin pendek.

Sebab itu kita perlu jaga nikmat sihat ini sebaiknya kerana ia adalah tanggungjawab dan amanah dari Allah untuk menjaga kesihatan setiap anggota tubuh supaya kita dapat beribadah kepadanya.

Di sini saya kongsikan amalan gaya hidup  Rasulullah saw. Antara amalan hidup sihat yang baginda amalkan adalah :


Tidak makan secara berlebihan



Terdapat banyak hadis yang meriwayatkan tentang anjuran menjaga diet pemakanan selain riwayat hadis mengenai sunnah gaya pemakanan Nabi SAW sendiri.

Salah satunya adalah baginda menganjurkan kita agar tidak makan terlalu banyak sehingga memenuhi ruang perut kita. Makan sebelum lapar berhenti sebelum kenyang.

Sabda Rasulullah SAW:

“Cukuplah bagi anak keturunan Adam agar makan sekadar untuk menegakkan tulang sulbinya (tulang punggung). Melainkan jika ia tidak dapat mengelak, maka isilah sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya, dan sepertiga untuk nafasnya.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi)

Maknanya di sini makan sekadarnya. Tidak terlalu kenyang dan tidak terlalu lapar.

Antara menu pemakanan harian Nabi pula terdiri daripada roti yang diperbuat daripada gandum, cuka buah-buahan, madu serta kurma seperti yang disebutkan dalam kitab Syamail al-Muhammadiyah karangan Imam Tirmizi.

Di dalam rangkaian produk shaklee juga terdapat makanan sunnah seperti Guar gum yang terdapat di dalam esp, acacia gum atau dikenali sebagai almanna yang terdapat di dalam mealshake untuk kanak-kanak, Daun senna yang terdapat di dalam alfafa dan banyak lagi.






Rasulullah gemar berjalan kaki


Berjalan kaki merupakan kebiasaan Rasulullah dalam menjaga kesihatan tubuh. Terdapat beberapa dalil dan periwayatan yang menyebut Baginda Rasulullah gemar berjalan kaki ke masjid, ke pasar. Bahkan pada zaman Baginda saw, para sahabat dahulu sengaja mengambil jalan jauh menuju ke masjid agar langkah perjalanan dan pahala menjadi banyak. Selain daripada itu, berjalan kaki boleh melancarkan peredaran darah dan mengurangkan risiko sakit jantung.


Ibadah puasa



Rasulullah saw sering berpuasa.
Amalan ibadah puasa bukan sahaja memberikan ganjaran spiritual namun secara tidak langsung memberikan kebaikan dari segi kesihatan. Perkara ini telah diakui sendiri oleh pakar-pakar kesihatan. Malah menurut pakar-pakar kesihatan lagi, ibadah puasa dapat mengawal kesihatan, mencegah penyakit serta menyembuhkannya.


#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023


Comments

Popular posts from this blog

Set Eksklusif Shaklee Untuk Wanita Mengandung dan Berpantang.

Set Kurus Shaklee Yang Popular

Pain Relief Shaklee Untuk Sakit Sendi