Testimoni Shaklee Saya
Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat anda yang sudi menyinggah baca blog saya di sini🤗.
Kalau sebelum ni entry syafa berkaitan multivitamin yang sudah beratus tahun wujud di dunia, hari ni syafa nak share pulak testimoni sendiri dengan produk kesihatan shaklee.
Tidak menghairankan sakit di bahagian sendi lutut boleh terjadi di semua peringkat umur. Bukan sahaja di kalangan berusia malah di kalangan anak muda juga boleh berlaku.
Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan sakit sendi lutut. Antaranya terlalu aktif bergerak, terlalu aktif bersukan sehingga ligamen otot terkoyak, faktor pemakanan, faktor usia, terdedah dengan radikal bebas dan banyak lagi.
Sakit sendi lutut mula pulih.
Macam syafa sendiri pun pernah terjadi sakit sendi di bahagian lutut. Ingat lagi beberapa bulan lepas tiba-tiba terasa sedikit sakit di bahagian lutut. Syafa mula perasan bila setiap kali solat nak rukuk dan sujud tu rasa sedikit sakit di bahagian sendi lutut. Bila nak bangun gerak berjalan pun sama. Terasa macam dah tua sangat waktu tu😅. Yelah umur kita pun dah masuk pertengahan 30an mungkin penuaan sedikit demi sedikit telah berlaku😆.
Bila alami masalah ni saja lah cerita dan mengadu dekat ma sendiri. Nak tahu ma syafa cakap apa.
"ma dulu 40an, 50an cergas lagi. Tak pernah la lagi nak kata sakit lutut ke apa. Ni nak masuk umur 70 baru terasa sakit sana-sini. Kejap angin, kejap lutut, kejap kebas. Hampa muda-muda dah sakit sana sini mengalahkan orang tua yang berusia😅"....
Arghhh sentap kita tau😆...
Tapi memang tak dinafikan. Orang dulu-dulu jenis aktif dan kuat bergerak sana sini. Macam ma syafa sendiri pun jenis tak boleh duduk diam di rumah. Ada je benda yang dibuat. Suka aktiviti yang jenis keluarkan peluh. Berkebun, bercucuk tanam. Dari zaman muda dulu lagi memang cenggitu. Masih ingat lagi masa kecik-kecik dulu walaupun ada tanah tak seberapa kat tepi rumah tetaplah ma dan ayah bercucuk tanam. Tanam pokok bayam, bendi, jagung. Macam jenis sayuran selagi ada tanah😀.
Beza dengan kita sekarang. Banyak buat kerja dalam rumah. Duduk setempat. Buat kerja mengadap fon, mengadap laptop. Buat aktiviti keluarkan peluh pun tak rajin. Itu yang darah tak berjalan dengan lancar. Mula sakit sana sini. Ye dokk..
Lepas pada tu kan. Kebetulan memang ada beli vivix. Beli waktu promo dulu memang jimat banyak. Bila dah ada tu syafa amal consume vivix 1 sudu sehari. Sehingga habis sebotol. Amazingly, tanpa sedar sakit sendi kat lutut tu pelan-pelan beransur hilang. Sekarang dah tak ada. Mula - mula tak perasan tau yang sakit sendi lutut dah hilang tapi lama kelamaan tersedar sendiri eh "lutut aku ni dah tak terasa sakit bila bergerak" . Nak solat time rukuk dan sujud pun memang smooth je. Tak perlu nak senget-senget sikit bertongkat tangan bila sujud. Alhamdulillah memang tak terasa sakit langsung. Rasa macam tak percaya pun ada hilang macam tu je sakit sendi.
Dari situ lah syafa lebih yakin dan sangat-sangat percaya vivix ni sangat powerful! Hebat kan ciptaan Allah. Dia ciptakan tumbuhan dan buah-buahan, dari situ manusia boleh gunakan untuk menghasilkan produk yang berkualiti untuk manfaat ummah secara alami.
Kalau selama ni hanya dengar testimoni vivix dari orang lain, tapi kali ni diri sendiri betul-betul dapat testimoni hasil dari pengambilan produk shaklee yang konsisten iaitu vivix.
Badan cergas bertenaga
Sepanjang pengambilan vivix tu juga badan ni terasa ringan dan sangat bertenaga. Permulaan tak rasa sangat. Tapi lama-kelamaan makin cergas pulak aku ni bila amik vivix. Haha aktif pulak jadinya. Memang sungguh! tak terasa lemau. Aktif buat kerja tanpa rasa mengantuk walaupun macam-macam benda kita dah buat. Itu lah yang syafa perasan pada diri sendiri. Ibarat tenaga badan ni kembali dicas bila ambil vivix.
Makin berusia antibodi makin lemah. Badan pula mudah terdedah dengan radikal bebas sama ada melalui pemakanan seperti fast food, makanan yang kurang nutrisi, mahupun persekitaran sekeliling. Apabila radikal bebas ini terlalu banyak di dalam badan, sel dan DNA dalam mula merosot, badan cepat menua.Maka banyak lah penyakit yang kita hadapi.
Kalau nak tahu, vivix ni tinggi dengan antioksida. Kaya dengan polifenol dan resveratrol yang mana ia berfungsi untuk repair dan renew sel dalam badan hingga tembusi ke peringkat sel DNA dengan lebih cepat, melambatkan proses penuaan sel-sel dalam badan.
Antioksida yang tinggi ni lah yang melindungi dan menghalang badan kita dari serangan radikal bebas.
Bagaimana vivix bertindak?
1. Membaiki dan melindungi sel
Fungsi terbaik vivix ialah membaiki dan melindungi sel dari dirosakkan oleh radikal bebas. Bukan bermakna sel kita ni tak rosak terus. Jika kita ambil vivix, kadar kerosakan itu diperlahankan dan dapat dilindungi oleh resveratrol dan polyphenol yg tinggi dalam vivix. Haa inilah keistimewaan vivix yang tidak didapati dalam supplemen lain.
2. Mempertahankan dan mengawal genetik
Pengawalan genetik menyumbang kepada kemerosotan umur sel. Dalam satu penemuan utama dalam ujian klinikal terbaru, menunjukkan ramuan Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap selular.
3. Memberi tenaga kepada sel (mitokondria)
Satu lagi kehebatan vivix ialah dipanggil mitokondria ataupun penjana tenaga kepada sel. Mitokondria mempengaruhi prestasi sel. Jika kecekapan mitokondria menurun, prestasi sel juga akan memendekkan usia sel. Ramuan vivix ni menggalakkan pembentukan baru mitokondria untuk meningkatkan tenaga dalam sel.
4. Meningkatkan prestasi sel dan melambatkan penghasilan protien AGE
AGE (Advance Glycation End products) adalah bahan akhir hasil daripada diproses oleh sel badan. Ia sgt merbahaya dan merosakkan pada tahap selular. Age ini boleh menyebabkan kerosakan pada sel2 dan juga sistem tubuh badan manusia. Ia boleh menyebabkan banyak punca kepada penyakit kronik jika dibiarkan tanpa pencegahan.
Vivix mengandungi 10 kali ganda lebih kuat Resveratrol yang mampu melambatkan pengumpulan protien Age dalam sel tubuh manusia.
Best kan? Banyak betul khasiat dan manfaat vivix ni.
Oh ya... Kebetulan sekarang shaklee memang tengah buat promo vivix dan juga resv. Kalau and berminat kena grab tau sebab yang ni jimat banyak sangat.
Mungkin ada di kalangan anda atau ada ahli keluarga yang mengalami masalah sama macam syafa atau nak dapatkan vivix untuk kesihatan menyeluruh, boleh je hubungi syafa melalui talian what's app. InshaaAllah saya bantu anda sehabis baik.
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
Comments
Post a Comment