Jeragat tak boleh dihilangkan tapi boleh pudar. Sini petuanya.

Masalah jeragat bukan lah sesuatu yang asing di kalangan masyarakat Malaysia. Ia adalah masalah normal yang sering berlaku terutama di kalangan wanita Asia. Namun begitu jeragat yang banyak sehingga menampakkan kulit wajah lebih tua dari usia sebenar boleh menimbulkan rasa malu dan rasa tidak berkeyakinan bila berhadapan dengan ramai orang.

Apa itu jeragat?


Jeragat merupakan bintik - bintik coklat yang terdapat di kulit wajah akibat terlampau banyak terdedah kepada cahaya matahari. Jika dilihat dari jauh ia kelihatan tompokan kecil berwarna keperangan. Jika dibiarkan, lama kelamaan tompokan kecil berwarna perang menjadi lebih besar dan tona kulit wajah kelihatan tidak sekata. 


Bagaimana jeragat boleh berlaku?



Terdapat banyak faktor. Selain banyak terdedah kepada cahaya matahari jeragat berlaku mungkin disebabkan faktor usia,tidak menjaga kulit wajah dengan sebaiknya, tidak menjaga pemakanan dan banyak lagi.

Biasanya jeragat berlaku di kalangan wanita yang berusia 30an dan ke atas. Ini adalah kerana semakin berusia semakin kurang kolagen dalam badan. Jadi melanin yang berlebihan tidak dapat dicerna. Melanin yang tidak dicerna akan berkumpul dan bergabung membentuk tompokan gelap yang dikenali sebagai jeragat.

Jeragat yang terlalu tebal susah nak dihilangkan tetapi boleh dipudarkan.

Di sini syafa nak share tips atau petua kurangkan jeragat.

1. Aloevera



Seperti yang kita tahu jeragat timbul dengan banyak bila kulit menjadi kering. Aloevera atau gel lidah buaya boleh digunakan untuk melembapkan kulit. Ini adalah kerana tumbuhan ini kaya dengan kandungan air (H20), kaya dengan nutrient dan mineral yang sememangnya bagus untuk siapa yang mengalami masalah kulit kering. Selain itu, aloe vera juga bertindak sebagai pelembap yang baik dengan keupayaan untuk melambatkan proses penuaan dan membersihkan liang roma. Walaupun aloevera ini bagus dan berkesan, tetapi ia berkemungkinan boleh menyebabkan reaksi alahan kulit pada sesetengah orang. Jadi anda perlu test sedikit dulu di kulit sama ada sesuai dengan kulit anda atau tidak.

2. Membersihkan wajah



Ada setengah orang tidak mementingkan tentang  kebersihan kulit wajah. Malas cuci muka dengan bersih. Bagi mereka mungkin tiada kepentingan. Hakikatnya, Kulit kita ni mudah terdedah dengan sinaran matahari, pencemaran udara, habuk dan sebagainya. Sekiranya kulit tidak di cuci dengan pencuci muka, jeragat mudah terbentuk dari dalam kulit. Mungkin di usia muda belum nampak kerana kolagen dalam badan masih banyak. Tapi bila usia mencecah 30 keatas kolagen makin berkurangan. Jeragat atau pigmentasi mula kelihatan. Sebab itu disarankan untuk jaga kulit wajah di usia muda. Pakai lah skincare yang betul untuk penjagaan wajah yang berterusan supaya kulit sentiasa bersih bebas cela.

3. Lemon



Lemon pula adalah sejenis tumbuhan serba guna bersifat mencerahkan kulit secara berganda. Ini kerana kandungan antioksidan yang sangat tinggi dan vitamin C mampu menghentikan penghasilan melanin dalam kulit, menutup pori dan melawan jerawat juga.

4. Kentang



Kentang mengandungi beberapa jenis vitamin iaitu vitamin A, B, C dan E yang mana ia berfungsi melambatkan penuaan pada wajah, seterusnya mengelak kehadiran bintik penuaan dan pigmentasi. Selain itu, kentang juga adalah bahan berkanji yang sifatnya mencerahkan kulit, melawan proses cepat tua daripada usia. Ia turut menambah kilauan kulit lebih cantik dan semula jadi.

5. Hampas kelapa



Syafa ada terbaca di suatu artikel yang mana hampas kelapa pun boleh digunakan untuk pudarkan jeragat. Hampas kelapa ni pun ada khasiatnya yang mana bukan sahaja melembutkan, tetapi mencerahkan dan menghaluskan wajah sekaligus melembapkan kulit juga. Caranya adalah dengan menjadikan ia sebagai scrub muka. Gosok lembut pada kulit dan biarkan seketika beberapa minit.

Selain daripada yang disebutkan di atas, anda juga boleh mengambil supplement seperti vitamin c, vitamin E sebagai alternatif tambahan. Ia membantu mempercepatkan lagi proses pemulihan dan mengelakkan daripada berlakunya masalah jeragat.



Sekiranya anda nak cuba vitamin shaklee beserta youth skincare untuk penjagaan kulit wajah, boleh terus hubungi syafa di talian whatsapp


#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023



Comments

Popular posts from this blog

Set Eksklusif Shaklee Untuk Wanita Mengandung dan Berpantang.

Set Kurus Shaklee Yang Popular

Pain Relief Shaklee Untuk Sakit Sendi