Meriahnya Shaklee Fun Day

 

Shaklee Fun Day




Baru-baru ni Shaklee telah mengadakakan suatu event yang dinamakan Shaklee Fun Day. Shaklee Fun Day ni umpama kejutan tau sebab tiba-tiba shaklee umumkan this weekend ada FUN DAY YA! Wahh.. Dengar perkataan fun pun dah rasa best kan? Mesti menarik dan best. Selalunya kalau shaklee buat apa-apa event atau aktiviti tak pernah tak best tau.




Dalam event tersebut semua orang dijemput hadir. Pasangan, anak-anak dan family boleh join? Of course lah boleh. Shaklee kan friendly family. Apa-apa aktiviti boleh libatkan pasangan sekali. Ini yang best tau. Tak kira sama ada anda ahli baru berdaftar atau ahli yang sedia ada. Siap boleh bawa Kawan-kawan, prospek lagi untuk untuk sertai aktiviti tersebut.


FUN DAY NI BUAT DI MANA?

Sebenarnya tak semua branch ada fun day. Hanya branch yang terpilih sahaja Shaklee buat seperti :

▪️Home office shaklee, Peatling Jaya
▪️Shaklee Sunway Velocity, Selangor
▪️Shaklee Kota Bahru, Kelantan
▪️Shaklee Johor Baru, Johor


APA AKTIVITI MENARIK YANG ADA?

Antara aktiviti yang super best dan menarik adalah :

1. Ada potongan harga untuk beberapa item
Apa yang menarik, shaklee tawarkan potongan harga istimewa untuk produk rangkaian youth! Youth ni favourite item para sid termasuklah syafa. Hihi. Bayangkan dalam masa beberapa jam saja night cream habis stok di kesemua branch. Betapa dahsyatnya sid shaklee memborong.


2. Ada extra free gift dengan setiap belian yang terpilih.
Dengan belian item serendah RM340 dah boleh redeem hadiah merchandise yang shaklee memang tak jual dah. Memang pakat berebut lah bila dapat tahu dapat hadiah best gini


3. FREE flow air minuman performance drink! lemon lime dan protein shake
Setiap pengunjung yang datang dapat merasa minuman performance drink lime secara percuma. Musim panas-panas gini dapat pulak minum air super sedap ni sejuk-sejuk fuhhh hilang dahaga.
Shaklee juga ada menyediakan satu ruangan khas di sebelah untuk pengunjung menikmati minuman protein shake. Protein shake terdapat 3 flavor  iaitu choc, latte dan vanilla yang mana sekarang ni tengah ada promo. Jadi siapa yang belum pernah merasa, ini lah masanya untuk merasa kesemua flavor protein shake. Untung kan dapat menikmati minuman sihat sebanyak mana yang nak.


4. Aktiviti mewarna untuk kanak-kanak
Bila dah bawa anak-anak takkan tak ada apa-apa aktiviti untuk anak-anak? Mestilah ada. Apa pulak tak ada. Aktiviti mewarna juga turut disediakan. Tak ada lah anak-anak bosan. Senang mak ayah nak shopping. Hihii.
Anak-anak juga diberi belon. Meriah dengan kehadiran anak-anak kecil bermain belon di ruangan yang telah disediakan. Suasana menjadi happening apabila ada anak kecil yang turut serta sekali.


5. Terdapat pemeriksaan kesihatan
Sesiapa sahaja yang hadir sudah pasti tidak akan lepaskan peluang untuk buat pemeriksaan kesihatan secara percuma. Di situ kita dapat tahu sejauh mana tahap kesihatan kita dan consultation percuma vitamin yang sesuai untuk diambil. Bukan itu sahaja. Pemeriksaan kulit wajah pun boleh buat sekali. Haaa best kan.


Dengan adanya event shaklee Fun Day ni bukan sahaja memberikan kegembiraan buat sid tapi merapatkan ukhwah sesama SID. Event ini juga membuka mata masyarakat di luar sana dan memberi jalan juga untuk join bisnes bersama shaklee. Secara tidak langsung memilih Shaklee sebagai pilihan supplement terbaik.


#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023









Comments

Popular posts from this blog

Contohi Amalan Gaya Hidup Sihat Seperti Rasulullah SAW.

Jeragat tak boleh dihilangkan tapi boleh pudar. Sini petuanya.

Pengedar Shaklee di kawasan Kajang/Bangi